Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lelaki Rayu “Influencer” Henti Promosi Restoran Miliknya, Tak Tahan Pelanggan Semakin Ramai

restoran rayu henti promosi
Gambar: SCMP

Lelaki Rayu “Influencer” Henti Promosi Restoran Miliknya, Tak Tahan Pelanggan Semakin Ramai

Jika anda seorang pemilik restoran, anda tentu berasa sangat gembira jika kedai makan anda disinggahi ramai pelanggan, kan?

Namun berbeza pula dengan situasi yang dialami oleh seorang lelaki di China ini apabila merasa tertekan dengan peningkatan mendadak palanggan yang hadir ke restoran miliknya.

Akibat tidak menang tangan untuk melayan semua pelanggan yang diterima, lelaki itu yang hanya dikenali sebagai Mo terpaksa secara terbuka merayu kepada orang ramai, khususnya pempengaruh agar berhenti mempromosikan perniagaannya.

Menurut SCMP, restoran milik Mo yang terletak di Foshan dan terkenal dengan hidangan sup ayam herba tradisional menerima kunjungan luar biasa sejak ditularkan oleh pempengaruh media sosial.

Keadaan itu menyebabkan ada pelanggan yang berkunjung terpaksa beratur berjam-jam lamanya untuk mendapatkan tempat duduk.

Peningkatan mendadak trafik yang diterima menyebabkan Mo terpaksa melewatkan waktu operasi bagi memastikan semua pelanggan yang hadir tidak pulang dengan rasa kecewa.

Dalam satu video yang menjadi viral, Mo secara jujur memberitahu pempengaruh akan membuatkan hidupnya menjadi lebih penat sekiranya mereka berterusan menampakkan hidangan sup ayam herba tradisonal itu terlalu sedap dalam hantaran media sosial masing-masing.

Mo juga membangkang tindakan sesetengah pempengaruh yang hanya berkongsi perkara baik tentang restorannya, sambil menyenaraikan beberapa risiko yang mungkin dihadapi selepas menikmati sup ayam herba tradisional tersebut.

Kata Mo, mereka mungkin mengalami masalah pencernaan akibat tindak balas herba selepas itu dan memberi amaran keras agar wanita hamil tidak memesan hidangan berkenaan.

Dalam video berbeza, anak Mo turut berkongsi keadaan ayahnya yang rebah akibat terlalu penat mengemas kedai selepas tamat waktu operasi.

Bagaimanapun, kejujuran Mo sebaliknya menyebabkan restoran beliau menjadi semakin popular dan ramai yang berhajat untuk singgah mencuba hidangan sup ayam herba tradisional tersebut.

Warga maya di sana turut menyifatkan Mo sebagai “pemilik restoran yang paling tidak mahu jadi terkenal”.