Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lelaki Rentung Dalam Kereta Yang Terbakar Di Pasir Gudang

Gambar : Facebook

Johor Bahru : Seorang lelaki rentung apabila kereta yang dipandunya terbabas lalu terbakar di Jalan Tembaga 3, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, di sini awal pagi tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang Sharol Suboh berkata kejadian itu berlaku pada pukul 3.33 pagi ketika mangsa yang dipercayai datang dari arah Lebuhraya Pasir Gudang sedang menghala ke Kampung Pasir Putih.

”Kereta yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan lalau terbabas dan melanggar sebatang pokok di tengah-tengah pembahagi jalan sebelum terbakar.

”Mangsa tidak sempat keluar untuk menyelamatkan diri kerana tersepit dalam kenderaannnya.

Gambar : Facebook

Anggota bomba yang tiba di tempat kejadian enam minit selepas menerima panggilan kecemasan daripada orang awam mengambil masa selama 20 minit untuk mengeluarkan mangsa dengan menggunakan ‘rescue tool’,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Gambar : Facebook

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Ismail Dollah yang mengesahkan kejadian itu berkata mangsa dikenali sebagai Rohaizal Rahmat, berusia 39 tahun.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Ismail untuk dibedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya.

Beliau menyeru orang rama yang melihat kejadian itu untuk tampil di mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Sumber : Bernama