Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Seorang lelaki yang menggunakan gam untuk ‘menutup’ kemaluannya bagi menggantikan kondom dilaporkan meninggal dunia.
Lelaki yang berusia 25 tahun itu difahamkan telah menggunakan gam yang sangat kuat pada alat kemaluannya bagi mengelakkan tunangnya daripada hamil.
Pasangan tersebut dilaporkan telah mendaftar masuk ke sebuah hotel di kawasan Juhapura di Ahmedabad, India pada 22 Jun.
Namun polis menyatakan bahawa mangsa didapati tidak sedarkan diri pada keesokan harinya.
Seorang pegawai polis menyatakan bahawa pasangan itu memutuskan untuk menggunakan gam tersebut bagi mencegah kehamilan selepas mereka khayal dengan dadah yang dicampurkan dengan gam tersebut.
“Beberapa saksi menyatakan bahawa lelaki itu bersama dengan tunangnya, yang ketagihan dadah, telah pergi ke sebuah hotel di Juhapura,” kata pegawai itu kepada Times of India.
“Disebabkan mereka tidak mempunyai kondom, mereka memutuskan untuk menggunakan gam pada bahagian kemaluannya bagi memastikan wanita itu tidak hamil.
“Mereka selalu membawa gam itu kerana mereka biasa menggunakannya untuk dicampurkan bersama dengan dadah bagi tujuan khayal.”
Rakan kepada lelaki tersebut menemuinya tidak sedarkan diri di kawasan semak berhapiran sebuah kompleks pangsapuri pada keesokan harinya, dan terus membawanya pulang.
Namun begitu, keadaannya semakin bertambah buruk. Dia seterusnya terus digegaskan ke Sola Civil Hospital, di mana dia disahkan meninggal dunia akibat kegagalan organ.
Pegawai tersebut menambah: “Malangnya, gam itu telah merosakkan organnya, dan dia mati kerana kegagalan organ yang banyak.”
Keluarganya telah meminta bedah siasat dilakukan kerana mereka percaya bahawa ianya mungkin disebabkan komplikasi daripada dadah yang dicampur bersama gam tersebut.
Timbalan komisioner polis, Premsukh Delu memaklumkan kepada wartawan tempatan: “Sampel visera si mati telah dihantar untuk pemeriksaan forensik.
“Kami masih lagi menunggu laporan tersebut.”