Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lewat 73 Tahun Pulang Buku Milik Perpustakaan, Ulat Buku Ini ‘Tanggung’ Denda Lewat Hantar RM 16k

Zahirah
Gambar: OnFife via Irish Examiner

Sebuah buku milik satu perpustakaan telah lewat dipulangkan lebih 73 tahun. Buku yang bertajuk Stately Timber karya Rupert Hughes mengisahkan sebuah pengembaraan yang berlaku di Boston US. Buku tersebut sepatutnya dikembalikan kepada Perpustakaan Pusat Perpustakaan Awam Dunfermline di Abbot Street pada 6 November 1948.

Kredit: OnFife via Irish Examiner

Bagaimanapun, kakitangan di perpustakaan Fife, kini digelar Dunfermline Carnegie Library & Galleries (DCL&G), terkejut menerima bungkusan yang mengandungi buku itu minggu lepas.

Buku tersebut dijumpai oleh anak kepada peminjam sebelumnya dan telah dihantar olehnya dari Cromarty di Black Isle lewat lebih tujuh dekad.

Donna Dewar, pembantu perkhidmatan kebudayaan di DCL&G berkata “Apabila saya membuka bungkusan tersebut, saya terkejut melihat isi didalamnya dan terus ketawa terbahak-bahak. Saya rasa macam tak percaya.”

“Seorang pelanggan kami baru sahaja memulangkan buku setelah 14 tahun. Kami ingatkan peristiwa tersebut sudah cukup mangagumkan. Namun ini jauh lebih lucu dari yang lain,” katanya lagi.

Kredit: OnFife via Irish Examiner

Perpustakaan OnFife telah memberikan pengampunan atas bayaran lewat sepanjang pandemik untuk menggalakkan ahli memulangkan buku.

“Dalam surat itu, anak perempuan peminjam menjelaskan mendiang bapanya tinggal di Thornton di Fife pada tahun 1948 tetapi dia tidak tahu sama ada dia terlupa untuk memulangkan buku itu atau sengaja mahu menyimpannya. Walau bagaimanapun kami sangat gembira menerimanya,” jelas Dewar lagi.

Sumber: Irish Examiner