Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Lifebuoy Perkenal Siri ‘Skin Solutions’ Baharu Penjagaan Kulit Kini Bermula Dari Ruang Mandi

Cuaca panas lembap, pencemaran udara dan gaya hidup serba cepat antara punca utama kulit rakyat Malaysia sering terjejas. Sama ada berpanas di bawah matahari atau duduk lama di pejabat berhawa dingin, kulit kita sentiasa terdedah kepada tekanan harian yang menjejaskan kesihatan.

Lifebuoy memperkenalkan rangkaian baharu, Lifebuoy Skin Solutions, inovasi gel mandian yang diformulasi dengan Skin Peptide Booster dan 100% ekstrak semula jadi untuk menjadikan rutin mandi harian sebagai detik penjagaan kulit yang sebenar.

Lebih daripada sekadar membersih, rangkaian ini membantu mengimbangi, melindungi dan menyihatkan kulit agar tampak lebih sihat dalam masa 7 hari.

Screenshot
Screenshot

“Kini, rakyat Malaysia semakin peka terhadap kesihatan kulit. Setiap hari, kita berdepan pelbagai cabaran persekitaran dan gaya hidup. Lifebuoy Skin Solutions dicipta khas untuk menangani keperluan itu, bukan sekadar kebersihan, tetapi penjagaan kulit menyeluruh,” kata Farhana Mohd Nasir, Pengarah Pemasaran & CSP, Kecantikan dan Penjagaan Diri, Unilever MYSG.

Dengan formulasi baharu ini, Lifebuoy memperkenalkan Skin Peptide Booster, bahan aktif yang terbukti secara dermatologi membantu mengukuhkan dan memulihkan lapisan perlindungan kulit. Ia juga mengekalkan kelembapan agar kulit kekal lembut, licin dan sihat selepas mandi.

Jom alami sendiri rangkaian Lifebuoy Skin Solutions di Sunway Pyramid (Orange Atrium) dari 5 hingga 9 November, dengan kerjasama Guardian Malaysia.

Pengunjung berpeluang mengenal pasti varian paling sesuai dengan jenis kulit masing-masing dan membawa pulang Lifebuoy Travel Pack 100ml PERCUMA, baucar RM5, serta pelbagai hadiah menarik yang menanti anda.