Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lima Atlet Viva Vertical Rangkul Pingat Di Kejohanan Sukan Tiang & Seni Udara Jepun 2026

LIMA
[Kiri-Kanan] Noah Yap Kok Boon; Miko Yee Mei Er; Sheila Yew Kar Phooi; Ann Soon; Cynthia Wong Yee Ling

Lima Atlet Viva Vertical Rangkul Pingat Di Kejohanan Sukan Tiang & Seni Udara Jepun 2026

Lima atlet sukan seni udara tempatan daripada Viva Vertical mewakili Malaysia di Kejohanan Sukan Tiang & Seni Udara Jepun 2026 (Japan Pole & Aerial Sports Championship 2026) baru-baru ini, sekali gus mencatat satu lagi pencapaian penting dalam memperkukuh kehadiran negara dalam komuniti sukan seni udara antarabangsa. 

Kejohanan tahunan yang berlangsung dari 16 hingga 19 Julai di Osaka, Jepun itu telah menghimpunkan atlet-atlet dari Jepun, Malaysia, Singapura, Australia dan China. Selain membuka penyertaan antarabangsa menerusi Bahagian Terbuka, kejohanan ini turut berfungsi sebagai pentas kelayakan ke Kejohanan Tiang & Seni Udara Dunia (WPAC).

Kelima-lima atlet Viva Vertical yang mewakili Malaysia ini telah menampilkan persembahan yang cukup membanggakan apabila berjaya merangkul lima pingat emas dan satu pingat perak menerusi pelbagai kategori. Kejayaan ini mencerminkan keunggulan teknikal serta hasil persiapan rapi mereka selama berbulan-bulan.

Selain mempamerkan kecemerlangan sukan di peringkat antarabangsa, penyertaan ini turut menjadi pemangkin besar buat komuniti sukan seni udara tempatan. Ia mewujudkan ruang bagi atlet negara meraih pengalaman antarabangsa, berkongsi kepakaran, dan seterusnya mengangkat martabat sukan ini di tanah air.

Melangkaui Persembahan: Perjalanan Menuju Kematangan

Di sebalik setiap persembahan, atlet-atlet ini telah membuat persediaan dalam menjalani latihan intensif serta mempersiapkan fizikal serta mental untuk bertanding untuk kejohanan antarabangsa. Selain menguasai rutin persembahan, mereka turut diuji untuk menyesuaikan diri dengan gandar yang berbeza, piawaian juri antarabangsa, serta tekanan beraksi di pentas dunia.

Antara atlet yang menyertai kejohanan ini ialah Cynthia Wong Yee Ling, yang membuat penampilan sulungnya di pentas antarabangsa. Sebelum ini hanya bersaing di dalam negara, melangkah ke pertandingan di Jepun menandakan satu pencapaian peribadi yang amat bermakna baginya, membuktikan bagaimana peluang di peringkat antarabangsa berupaya membina keyakinan serta meluaskan pandangan atlet.

"Di Viva Vertical, kami percaya bahawa keyakinan dibina melalui setiap cabaran yang sanggup ditempuhi oleh setiap atlet, bukan sekadar di pentas pertandingan," kata Nana Shan Liew, Pengarah Viva Vertical.

"Melihat atlet seperti Cynthia mewakili Malaysia di pentas antarabangsa buat julung kalinya merupakan satu pengalaman yang amat bermakna. Hakikatnya, setiap atlet yang hebat sentiasa bermula sebagai peserta. Dengan mencipta peluang buat barisan pengajar kami bersaing di arena global, kami tidak hanya membentuk mereka menjadi atlet yang lebih baik. Lebih daripada itu, kami membentuk mereka sebagai jurulatih, pemimpin, dan ikon yang akan membawa pulang pengalaman ini untuk mencetuskan inspirasi buat generasi atlet seni udara Malaysia yang seterusnya.”

[Kiri-Kanan] Noah Yap Kok Boon; Miko Yee Mei Er; Sheila Yew Kar Phooi; Ann Soon; Cynthia Wong Yee Ling

Pelaburan Terhadap Bakat Masa Depan Seni Udara Malaysia

Selaras dengan komitmennya dalam menggilap bakat tempatan, Viva Vertical memberikan sokongan padu kepada pengajar yang bertanding dengan menanggung pendaftaran kejohanan dan penginapan sepanjang berada di Jepun. Langkah ini membolehkan atlet memberi fokus sepenuhnya kepada saingan, sekali gus memanfaatkan sepenuhnya peluang pembelajaran di peringkat global.

Bagi Viva Vertical, pendedahan di pentas antarabangsa bukanlah sekadar pencapaian sekali sahaja, sebaliknya satu peluang berharga untuk pembelajaran yang berterusan. Bersaing bersama atlet-atlet serantau membolehkan atlet negara untuk mengukur keupayaan mereka berbanding standard antarabangsa, berkongsi kepakaran dengan komuniti seni udara dunia, serta membawa pulang inspirasi baharu demi mengangkat martabat sukan seni udara di tanah air.

Membina Masa Depan Sukan Seni Udara di Malaysia

Kejohanan ini melambangkan visi jangka panjang Viva Vertical untuk mencipta peluang yang melangkaui ruang studio. Dengan pengalaman hampir dua dekad membangunkan komuniti seni udara negara melalui pendidikan, persembahan, dan pembangunan tenaga pengajar, organisasi ini kini menumpukan usaha untuk membuka laluan bagi pengajar serta atlet bersaing di arena sukan seni udara di peringkat global.

Tahun ini, Viva Vertical meraikan ulang tahunnya ke-20 dalam memperkasakan seni udara dengan Viva Circus Festival, yang membawakan penghibur, atlet dan komuniti besar seni udara bersama-sama. Festival ini mengukuhkan lagi komitmen mereka dalam membina platform yang membangunkan bakat, menginspirasi generasi baharu dan meningkatkan kehadiran Malaysia dalam komuniti seni udara serantau.

"Visi kami adalah lebih besar daripada sekadar sebuah pertandingan," tambah Nana lagi. 

"Setiap peluang yang kami cipta hari ini membantu membentuk masa depan seni sukan udara di Malaysia dengan membangunkan tenaga pengajar yang berkeyakinan, atlet yang lebih berdaya saing, dan komuniti yang sentiasa memberi inspirasi antara satu sama lain. Inilah hasrat kami dalam membangunkan legasi sukan ini."

Melangkah ke Hadapan

Komuniti sukan seni udara di Malaysia sedang berkembang. Oleh yang demikian, penyertaan di peringkat antarabangsa kekal menjadi langkah penting dalam meningkatkan standard tempatan, melahirkan bakat-bakat baharu, serta mengukuhkan kedudukan Malaysia di pentas global. Bagi Viva Vertical, perjalanan ini tidak berakhir dengan satu pertandingan; ia adalah sebuah perjalanan berterusan menerusi setiap usaha membangunkan modal insan, memupuk keyakinan, dan memberi inspirasi kepada generasi pelapis atlet seni udara Malaysia.

Intipati
  • Lima atlet Viva Vertical mewakili Malaysia di kejohanan antarabangsa di Osaka, Jepun.
  • Mereka meraih lima pingat emas dan satu perak menerusi pelbagai kategori pertandingan.
  • Viva Vertical menanggung pendaftaran dan penginapan atlet sepanjang penyertaan mereka di Jepun.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan