Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lima Kawasan Pada Tahap Berjaga-Jaga Susulan Cuaca Panas

Sofea
Lima Kawasan Pada Tahap Berjaga
Kredit: Bernama

Lima Kawasan Pada Tahap Berjaga-Jaga Susulan Cuaca Panas

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan terdapat lima kawasan di Semenanjung Malaysia kini pada Tahap 1 atau berjaga-jaga.

Kawasan yang terlibat ialah seluruh Perlis, Padang Terap dan Baling di Kedah, Pasir Mas di Kelantan dan Tangkak di Johor.

Menurut MetMalaysia, tahap berjaga-jaga memperlihatkan suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Kredit: MetMalaysia

Orang ramai yang ingin mengetahui maklumat terkini mengenai status cuaca panas harian, ikuti laman web https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/.