Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lima Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi Ini

Iqbal Yasir
negeri diramal hujan pagi ini
Gambar: Bernama

Lima Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima negeri dan Wilayah Persekutuan (WP) Labuan sehingga jam 2 pagi ini.

Menurut kenyataan itu, lima negeri tersebut adalah Perlis, Kedah, Kelantan, Sarawak dan Sabah. Bagi seluruh kawasan di Perlis dan WP Labuan, dijangka hujan.

“Di Kedah, kawasan yang terlibat adalah Kubang Pasu dan Padang Terap. Manakala di Kelantan melibatkan daerah Tumpat, Pasir Mas, Jeli dan Tanah Merah.

“Selain itu, dua kawasan di Sarawak seperti Miri dan Limbang juga diramal hujan. Beralih ke Sabah, kawasan yang terlibat adalah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu dan Beaufort).

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

BACA: Fenomena Hujan Batu Landa Kawasan Sekitar Ampang Petang Tadi

BACA: Video Papar Detik-Detik Perkampungan Di India ‘Ditelan’ Banjir Kilat

BACA: Pulau Pinang Mulai Salur Bayaran Fasa Kedua Program i-Sejahtera Esok