Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lima Negeri Diramal Hujan Hingga Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat di lima negeri sehingga jam 7 malam ini.
Menurut kenyataan itu, beberapa daerah terlibat seperti di Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, dan Sarawak.
“Di Pahang, daerah yang diramal hujan adalah Bentong, Temerloh, Bera dan Rompin. Manakala di Selangor pula melibatkan Gombak dan Hulu Langat.
“Di Negeri Sembilan, dua daerah diramal hujan seperti Jelebu dan Jempol. Sementara di Johor pula melibatkan kawasan Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
“Beralih ke Sarawak, beberapa kawasan dijangka dilanda hujan termasuk Kuching, Serian, Samarahan, Sibu (Selangau), Kapit (Song) dan Bintulu (Tatau),” maklum kenyataan itu.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.