Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lima Negeri Diramal Hujan Lebat Malam Ini

Lima Negeri Diramal Hujan
Kredit: ImageFX

Sebanyak lima negeri diramal akan mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga jam 9 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan bahawa negeri yang terlibat ialah negeri Perak iaitu di Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

Selain itu, hujan lebat juga dijangka berlaku di negeri Selangor, membabitkan daerah Hulu Selangor dan Gombak.

Bagi negeri Johor pula, daerah Pontian, Kulai dan Johor Bahru diramal mengalami cuaca buruk itu.

Seterusnya, beberapa kawasan di negeri Sarawak juga akan terlibat iaitu di Sri Aman (Sri Aman), Kapit (Song dan Belaga) dan Miri (Telang Usan).

Manakala di negeri Sabah pula hanya daerah Sandakan (Tongod) yang akan mengalami hujan lebat.

"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," katanya.

Sumber:Facebook