Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lima Pelajar IKM Kota Kinabalu Maut Kemalangan, Asyraf Wajdi Ucap Takziah
Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan takziah susulan kematian lima penuntut Institut Kemahiran MARA (IKM) Kota Kinabalu dalam kemalangan petang tadi.
Asyraf menerusi Facebook berkata beliau mendapat perkhabaran duka itu setibanya dari Sabah.
“Saya dimaklumkan Pengarah MARA Sabah bahawa kelima-lima terbunuh dalam kemalangan di Jalan Sulaman, berhampiran Pusat Latihan Rela, Tuaran, petang ini.
“Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang sebentar tadi, semua mangsa lelaki berusia 19 hingga 20 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
“Difahamkan semua mangsa yang tersepit dalam kenderaan Toyota Wish, dikeluarkan oleh pasukan bomba,” katanya.
Menurutnya lagi, beliau telah meminta pengarah MARA Sabah dan pengurusan IKM Kota Kinabalu untuk menghubungi keluarga masing-masing dengan segera dan membantu segala keperluan serta mempermudahkan urusan jenazah kelima-lima mangsa.
“Takziah kepada keluarga mangsa dan didoakan kesemuanya ditempatkan dikalangan orang beriman,” katanya lagi.
Terdahulu, kelima-lima pelajar itu meninggal dunia selepas kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori treler.
Pihak bomba memaklumkan kemalangan berlaku apabila kedua-dua kenderaan yang dari arah bertentangan bertembung sebelum MPV dinaiki mangsa terbabas ke bahu jalan, lapor Bernama.
Sumber: Dr Asyraf Wajdi Dusuki