Susulan kehilangan logam seakan monolith yang ditemui di Romania baru-baru ini dikatakan telah hilang selepas perkara yang sama berlaku di Utah.
Objek logam yang berkilaun berukuran 4 meter yang ditemui di Bukit Doamnei yang terletak di Piatra Neamt, utara Romania pada 26 November lalu, kini hilang.
Jelas menunjukkan kejadian ini sekali lagi mengejutkan masyarakat dunia khususnya pengkaji dan ‘peminat’ makluk asing.

Menurut portal Daily Mail, objek tersebut dijumpai di beberapa meter di Kubu Petrodava Dacian, mercu tanda arkeologi dan monumen bersejarah tertua di Pietra Neamt.
Namun, ia dikatakan hilang semula secara misteri pada Isnin lalu. Penduduk di sekitar masih bingung tanpa penjelasan sebenar.


Foto yang dikongsikan ini menunjukkan keadaan dan tmepat sebelum monolith ini hilang tanpa kesan.

Sehingga kini, pihak Romania masih tidak dapat mengesan si pelaku yang menyebabkan kehilangan monolith ditempat tersebut. Jika ada pemilik, pasti mereka akan mendapatkan keizinan daripada Kementerian Kebudayaan di negara tersebut sebelum menanamnya di tempat bersejarah seperti itu.
Sumber: Dailymail
