Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lokasi Tanah Runtuh Diisytihar Kawasan Bencana, Satu PPS Dibuka

tanah runtuh bencana pps dibuka
Kredit: Bernama

SANDAKAN, 11 Mac (Bernama) -- Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Sandakan mengisytiharkan lokasi tanah runtuh pagi tadi sebagai kawasan bencana.

Pengerusinya Walter Kenson yang juga Presiden Majlis Perbandaran Sandakan berkata pengisytiharan pada 10 pagi dibuat berdasarkan laporan agensi jawatankuasa selepas pemeriksaan di kawasan terlibat.

Beliau berkata sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Dewan Masyarakat Bandar Sandakan pada 12 tengah hari.

“PPS telah diaktifkan setelah pemeriksaan kawasan tanah runtuh dan Bangunan Blok 10, lebuh empat pusat bandar Sandakan didapati tidak selamat untuk didiami buat sementara waktu sehingga pemeriksaan lanjut dilakukan dan disahkan selamat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mangsa bencana tanah runtuh maut tertimbus

Terdahulu seorang lelaki warga emas Agustine Frederick J Lingam, 76, dilaporkan maut selepas tertimbus dalam runtuhan tanah di belakang sebuah hotel di bandar Sandakan ketika cuba menghidupkan generator.

Mangsa mahu menghidupkan generator susulan gangguan bekalan elektrik di hotel itu yang berlaku semasa hujan lebat.

Sumber:BERNAMA