Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lori Remuk, Salur ‘Air Ventilation’ Terjatuh Dalam Terowong Semarak

Gambar: ITIS DBKL

Sebuah lori remuk dipercayai kerana salur air ventilation terjatuh dalam Terowong Semarak di Jalan Sultan Yahya Petra, Kuala Lumpur sebentar tadi.

Memetik laporan ringkas di laman Twitter ITIS DBKL, insiden itu berlaku ketika lori kontena berkenaan melalui terowong yang menghala ke arah pusat bandar.

Rentetan itu, pasukan polis trafik, warden tradik dan Renjer 01 dikerahkan ke lokasi kejadian. Bagaimanapun maklumat lengkap mengenai punca kejadian belum dikenal pasti.

Menerusi kemaskini terbaharu, air ventilation dilaporkan telah dialih dan laluan kini telah dibuka semula kepada kenderaan lain.

Sumber: ITIS DBKL