Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Luahan Lelaki OKU Dalam Bahasa Isyarat di Kubur Ibu Bapa Buat Ramai Sayu

luahan lelaki oku
Kredit: @zuyaa.38

Luahan Lelaki OKU Dalam Bahasa Isyarat di Kubur Ibu Bapa Buat Ramai Sayu

Kata orang, kubur itu tempat yang menyeramkan. Namun apabila salah seorang ahli keluarga atau kenalan telah ‘tiada’, kubur sering menjadi tempat yang menenangkan.

Hanya yang pernah merasai akan faham rasa rindu yang tak berpenghujung apabila insan tersayang pergi buat selama-lamanya.

Selain melangitkan doa kepada yang Maha Esa, kubur juga akan menjadi tempat yang paling kerap diziarahi.

Luahan dalam bahasa isyarat

Baru-baru ini, seorang wanita di Indonesia yang menziarahi kubur ahli keluarganya berkongsi momen pilu yang menarik perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok @zuyaa.38 itu, seorang pemuda dilihat menggunakan bahasa isyarat untuk meluahkan perasaannya di kubur arwah ibu bapanya.

“Ketika ziarah kubur, saya tak sengaja melihat seorang anak lelaki yang berbual dengan arwah ibu bapanya di situ. Orang lain yang turut berada di situ berasa sedih melihat momen tersebut,” katanya menerusi kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, ada beberapa orang yang menterjemah bahasa isyarat itu.

“Dia beritahu, aku sudah pandai membasuh pinggan, sudah boleh mencuci dan menjemur pakaian. Aku berjanji dengan kamu untuk solat dan berdoa kepada Allah. Aku tidak boleh mendengar dan bercakap, tetapi aku boleh berbahasa isyarat dengan kamu dan aku sayang kamu. Aku ini kuat ,” kata salah seorang netizen yang membantu menterjemah bahasa isyarat itu.

Betapa sunyinya hidup dia..

Dalam pada itu, ramai yang turut merasa sayu melihat video tersebut.

“Semoga nasimu selalu hangat, laukmu enak, sayurmu selalu hangat, tempat tidurmu nyaman dan kamu dikelilingi oleh orang-orang baik”

“Bayangkan, betapa sunyinya hidup dia… betapa sepinya dia ketika bersahur dan berbuka pada hari pertama dan terakhir Ramadan. Bagaimana pula perasaannya pada malam takbir menuju pagi Aidilfitri. Semoga kamu sentiasa dikelilingi orang-orang yang baik. Salam hangat”

“Dia begitu teruja bercerita, sedangkan jauh di lubuk hatinya yang paling dalam, pasti dia merasakan kesepian yang amat sangat. Semoga abang itu dipanjangkan umur dan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik”

Semoga Allah terus memberi kekuatan kepada lelaki tersebut dan sentiasa dilindungi olehNya.

Sumber:@zuyaa.38