Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Luruan Monsun: Hujan Lebat Berterusan Mulai Rabu

Iqbal Yasir
Hujan lebat berterusan
Gambar: Bernama

Luruan Monsun: Hujan Lebat Berterusan Mulai Rabu

KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) — Hujan lebat berterusan dijangka melanda beberapa negeri di Semenanjung, Sabah serta selatan dan barat Sarawak, bermula Rabu ini hingga 18 Jan.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata ia berdasarkan analisis terhadap model-model ramalan cuaca terkini yang menunjukkan bahawa luruan monsun dijangka berlaku sepanjang tempoh berkenaan.

Dalam kenyataan yang dikongsi di media sosial METMalaysia, beliau menasihati orang awam untuk sentiasa merujuk laman web dan media sosial rasmi METMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Setakat petang ini, Johor dan Perak menjadi dua negeri yang masih dilanda banjir dengan masing-masing merekodkan 3,779 dan 31 mangsa.

Sumber: BERNAMA

BACA: 62 Rumah, Masjid Musnah Dalam Kebakaran

BACA: Tiga Maut, Kereta Terbabas Masuk Kolam Takungan Banjir

BACA: Penerbangan Moscow-Dubai Utair Berpatah Balik Kerana Kemungkinan Masalah Teknikal