Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Perutusan Khas mengenai situasi semasa Covid-19 ini disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari ini mengenai keadaan semasa berkaitan Covid-19 di negara kita.
Apa yang menarik perhatian ramai tentang perutusan tersebut adalah bait kata yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri ini sangat ‘mendalam’ dan boleh dijadikan teladan kepada ramai. Ungkapannya seolah-olah nasihat yang diberikan oleh ‘ayah’ kepada anak-anaknya.
“Yang amat dikehendaki pada masa ini ialah kita semua mesti patuh kepada SOP dan arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan. Petugas barisan hadapan dari agensi-agensi peguatkuasaan akan dikerah semula ke tempat-tempat awam untuk memastikan pematuhan,” jelasnya lagi dalam perutusan tersebut.
Jadi, sama-samalah kita menjaga kita dan sebagai rakyat yang bertamadun agar sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi mengekang jangkitan wabak Covid-19.
Sumber: BernamaTV