Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Macam Mana Bau Boleh 'Hidupkan' Memori Lama? Ini Penjelasan Saintis

Azzwin
hidu bau
Kredit: ImageFX

Macam Mana Bau Boleh 'Hidupkan' Memori Lama? Ini Penjelasan Saintis

Tidak dinafikan, bau memang boleh meningatkan kita kepada keadaan dan situasi tertentu.

Bau hujan boleh mengimbau kenangan zaman kanak-kanak, manakala bau masakan tertentu pula mengingatkan kita kepada rumah atau ahli keluarga tersayang.

Namun begitu, ini menimbulkan persoalan tentang bagaimana deria dan memori berkait.

Kali ini, SK akan kongsikan penjelasan saintis untuk menjawab persoalan, menurut portal Mental Floss.

Memori deria bau

Menurut portal Mental Floss, keadaan ini dikenali sebagai memori olfaktori.

Antara sebab utama ianya terjadi ialah kerana deria bau merupakan deria paling awal yang dimiliki oleh manusia.

bau rumah
Kredit: ImageFX

Sejak zaman paling awal, makhluk hidup sudah mempunyai keupayaan untuk mengesan isyarat kimia di sekeliling mereka.

Difahamkan, keupayaan asas inilah yang kemudiannya berkembang menjadi deria bau.

Kompleks deria bau

Portal Mental Floss turut menjelaskan bahawa deria bau manusia sangat kompleks.

Bau yang kita hidu sebenarnya terdiri daripada berjuta-juta molekul kecil yang masuk ke dalam hidung ketika kita bernafas.

Molekul ini akan merangsang jutaan sel saraf pengesan bau yang terdapat pada satu bahagian dalam hidung yang dipanggil epitelium olfaktori.

bau kopi
Kredit: ImageFX

Setiap sel saraf ini mempunyai reseptor khas yang bertindak balas terhadap molekul bau tertentu.

Gabungan isyarat daripada pelbagai reseptor inilah yang dihantar ke otak, membolehkan kita mengenal dan membezakan pelbagai jenis bau.

Dengan kira-kira 450 jenis reseptor olfaktori, manusia berpotensi untuk membezakan sehingga satu trilion bau yang berbeza.

Semua isyarat bau ini akhirnya diproses oleh satu bahagian otak yang dikenali sebagai mentol olfaktori.

Mentol olfaktori

Menurut kajian neurosains dalam portal Mental Floss, mentol olfaktori terletak di bahagian paling hadapan otak, tepat di atas hidung kita.

Ia berada berdekatan serta berhubung secara langsung dengan hipokampus, iaitu kawasan otak yang berperanan utama dalam menyimpan dan mengakses memori.

bau buku
Kredit: ImageFX

Para saintis percaya bahawa hubungan antara dua bahagian otak ini, bersama-sama amigdala bertanggungjawab terhadap tindak balas serta pemprosesan emosi.

Apabila reseptor bau di dalam hidung dirangsang, isyarat akan dihantar ke kawasan otak yang mentafsir bau.

Disebabkan keunikan struktur anatomi otak manusia, isyarat ini turut dihubungkan secara langsung dengan pusat simpanan memori.