Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Macam “Toilet” Hotel, Tandas Sebuah Sekolah Di Ipoh Berwajah Baru Hasil Peruntukan KPM
Tandas di sebuah sekolah yang dipercayai di Ipoh telah mengalami transformasi selepas menggunakan peruntukkan bernilai RM70,000 daripada Kementerian Pelajaran Malaysia dengan sebaiknya.
Perubahan itu telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook yang bernama Tuan Fairuz Tuan Ismail.
“Wajah tandas sebuah sekolah di Ipoh yang menggunakan peruntukan RM70,000 oleh KPM. Tahniah pihak kerajaan dan kontraktor,” tulis muat naik tersebut.

Hantaran itu turut dimuat naik bersama dengan gambar-gambar keadaan tandas tersebut yang terkini.
Perkongsian itu telah menerima maklum balas dan pelbagai repon positif daripada pengguna media sosial yang lainnya.


Antara komen yang ditinggalkan adalah:
“Selepas ini perlu di selenggara dengan baik. Ini isu utama di kebanyakan fasiliti awam termasuk sekolah,” tulis seorang netizen yang berharap agar tandas itu dijaga dengan baik dan bersih.
“Baru mmg canti. Harap lepas ni dapat tanamkan tabiat sukakan kebersihan dikalangan anak2 agar mereka membesar dengan jiwa yang bersih luar dan dalam,” tulis seorang lagi netizen yang berharap kebersihan tandas itu dikekalkan.

Selain itu, seorang bapa yang teruja dengan perubahan terbaru tandas sekolah itu telah membuatkan dia mahu mengubah keputusannya menghantar anaknya ke sekolah swasta.
“Bagusnya. Kalau macam ini, bolehlah pertimbangkan hantar anak ke sekolah kerajaan. Saya baru bercadang hantar anak ke sekolah swasta, dan antara sebabnya adalah kemudahan tandas,” tulis bapa tersebut.
Memetik Astro Awani, KPM sebelum ini telah mengkhususkan peruntukkan berjumlah RM650 juta bagi menambah baik bangunan sekolah daif di seluruh negara.
BACA: Dah Cuba Macam-Macam Perniagaan, Pasangan Tak Sangka Idea Meniaga Nasi Lemak Myvi Merah Berhasil
Menurut Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Pkharuddin Ghazali, beliau memberitahu bahawa perbelanjaan itu termasuk bagi kos membaiki kemudahan tandas.
“Daripada jumlah itu, setiap sekolah peroleh RM70,000 untuk penyelenggaraan kecil termasuk tandas. Sebab itu juga antara fokus Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kalau tandas sempurna anak-anak seronok ke sekolah,” katanya kepada pemberita pada 24 Julai lalu.
Sumber: Facebook/Tuan Fairuz Tuan Ismail, Astro Awani