Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Mahkamah Tolak Permohonan Semakan Kehakiman Bersatu Cabar SPRM Berhubung Pembekuan Akaun
KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) gagal dalam permohonan semakan kehakiman yang dikemukakan bagi mencabar tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membeku dan menyita dua akaun bank parti itu.
Hakim Datuk Aliza Sulaiman yang kini Hakim Mahkamah Rayuan menolak permohonan difailkan oleh Kapten (B) Datuk Muhammad Suhaimi Yahya atas kapasitinya selaku pegawai awam Bersatu dan presiden parti itu Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Dalam keputusan yang disampaikan dalam prosiding menerusi aplikasi Zoom, Aliza berkata mahkamah berpuas hati bahawa pemohon gagal membuktikan keputusan, tindakan atau kecuaian responden dipengaruhi unsur di luar luasa, ketidaksahan, kecacatan prosedur, tidak rasional, berniat jahat, pelanggaran jangkaan sah atau penyalahgunaan kuasa.
Mahkamah tidak mengeluarkan sebarang perintah mengenai kos. Muhammad Suhaimi dan Muhyiddin memfailkan permohonan itu pada 29 Mac 2023 dengan menamakan SPRM, Ketua Pesuruhjaya SPRM ketika itu Tan Sri Azam Baki, kerajaan serta 17 yang lain selaku responden.