Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Main O-Som Dengan Pasangan”, Lelaki Kongsi Cara Seronok Simpan Duit, Hujung Bulan Ada RM465

Kredit:: Hafizul Hakim
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Ramai antara kita mempunyai strategi tersendiri untuk menyimpan wang. Bagi pasangan yang sudah berkahwin, mungkin boleh sama-sama berkolaborasi untuk menabung bagi mencapai satu impian yang satu, sama ada mengumpul deposit rumah ataupun kereta.

Seorang penasihat kewangan, saudara Hafizul Hakim telah berkongsi satu cara yang menarik untuk mengumpul wang buat pasangan suami isteri.

Dengan menggunakan cara ini, anda mungkin menyimpan sekurang-kurang RM465 bagi setiap bulan bersama pasangan anda. Nak tahu caranya? Jom baca tips beliau di bawah.

Tips simpan duit cara ekstrim. Okay ini caranya:

1. Sediakan pen, kalendar dan balang kosong.

2. Main O-som (gunting, batu dan kertas) dengan pasangan. Pilih sama ada nak nombor genap atau ganjil.

3. Katakan suami pilih nombor ganjil maka isteri dapat nombor genap lah.

Pada 1hb setiap bulan, suami masukkan RM1 dalam balang dan tanda ‘tick’ pada kalendar bertarikh 1hb.

Esok harinya pada 2hb, isteri pula masuk RM2 ke dalam balang dan tick-kan pada 2hb pada kalendar.

3hb suami masukkan RM3, 4hb isteri masukkan RM4, 5hb masukkan suami RM5 dan seterusnya.

Begitu, mudah je kan.

Senang cerita, masukkan duit dalam balang kosong dengan jumlah yang sama macam tarikh hari tersebut.

Dan setiap hujung bulan. Ini hasilnya!

1+2+3+4+5+6+7+8+9+10+11+12+13+14+15+16+17+18+19+20+21+22+23+24+25+26+27+28+29+30 = RM465.00

Best kan! Seronok menyimpan macam ni!

Posting ini lebih afdal tag pasangan, daripada marah-marah pasal Husna. Hihi

Hafizul Hakim Sebarkan kebaikan!

Lebih banyak tips kewangan dan simpanan emas Public Gold di Channel Telegram rasmi: https://t.me/MrHafizulHakim

Tips ini juga turut dikongsikan di ruangan Twitter melalui @haikalhisham dan tular sehingga mendapat 2.3k perkongsian

Mudah dan seronok, kan? Selamat mencuba.

Sumber: Hafizul Hakim