Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Majlis Akad Nikah Dan Semua Perkhidmatan Jais Ditangguh Sehingga 14 Jun

Gambar sekadar hiasan

SHAH ALAM, 31 Mei (Bernama) — Majlis akad nikah serta semua perkhidmatan di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ditangguhkan sepanjang tempoh pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh yang dilaksanakan di seluruh negara, bermula esok hingga 14 Jun.

Dalam hantaran di Facebook hari ini, Jais berkata semua pelanggan Jais disaran untuk sentiasa mengikuti laman rasmi www.jais.gov.my atau platform rasmi media sosial Jais untuk sebarang pemakluman rasmi dan terkini.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, pelanggan boleh e-mel ke [email protected].

— BERNAMA