Pendaftaran tanggungan untuk vaksinasi Covid-19 telah diperkenalkan. Bagi mereka yang tidak mempunyai aplikasi Mysejahtera khususnya bagi golongan warga emas, mereka boleh didaftarkan oleh anak-anak yang mempunyai aplikasi tersebut.
Tidak dinafikan, tidak semua orang mempunyai aplikasi Mysejahtera ini. Tambah-tambah lagi warga meas yang tidak mahir menggunakan aplikasi di telefon bimbit mudah alih berbanding golongan muda.
Hari ini SK nak kongsikan cara mudah untuk daftarkan nama ahli keluarga yang tidak mempunyai aplkasi Mysejahtera. Korang boleh tolong daftarkan menerusi pautan ini.
1. https://www.vaksincovid.gov.my/daftar/
2. Masukkan maklumat penuh di sini dan hantar.

Hal ini sangat penting untuk warga emas berusia 60 tahun ke atas kerana mereka merupakan golongan yang akan diutamakan.
