Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Maksud & Asal Usul Perkataan 'Roger' Yang Ramai Tak Tahu

Iqbal Yasir
Asal Usul Perkataan 'Roger'
Gambar: Siakap Keli

Maksud & Asal Usul Perkataan 'Roger' Yang Ramai Tak Tahu

Dalam era digital ini, bahasa pasar dan singkatan dalam permesejan semakin popular bukan sahaja dalam kalangan orang muda, malah orang dewasa.

Penggunaan bahasa ini ibarat sudah menjadi satu kebiasaan dalam kehidupan harian.

Salah satunya, frasa "gerak lu, pape roger" atau "roger" yang biasa didengari sewaktu bercakap atau menerima maklumat dan arahan.

Tapi pernah tak korang tertanya-tanya, kenapa tak sebut "okay", "faham" atau "beres" je?

Ramai yang tak tahu, sebenarnya, perkataan "Roger" ini ada sejarah yang cukup mendalam. Jadi, SK kongsikan kepada anda maksud perkataan ini di bawah.

Asal Usul Perkataan 'Roger'

Pada zaman awal penerbangan, komunikasi antara juruterbang dan kakitangan di darat bukanlah semudah sekarang. Sebelum teknologi radio suara wujud, mereka menggunakan Kod Morse.

Untuk menjimatkan masa dan tenaga, operator radio menggunakan singkatan. Huruf "R" digunakan sebagai singkatan bagi perkataan "Received" yang bermaksud mesej telah diterima dengan selamat.

Kenapa Tukar Jadi 'Roger'?

Apabila teknologi beralih daripada Kod Morse kepada komunikasi suara, juruterbang perlu menyebut huruf "R" dengan jelas supaya tidak berlaku salah faham.

Pada tahun 1927, Kesatuan Telegraf Antarabangsa membangunkan abjad fonetik yang pertama, dan "Roger" telah dipilih sebagai nama panggilan bagi huruf "R".

Jadi, daripada menyebut "Received", mereka menyebut "Roger" untuk mengesahkan penerimaan arahan.

Jadi Makin Popular Semasa Dunia Kedua

Istilah ini mula popular di seluruh dunia sekitar tahun 1943.

Kenapa? Sebab semasa Perang Dunia Kedua, tidak semua pihak mahir berbahasa Inggeris.

Penggunaan "Roger" menjadi sebahagian daripada 'bahasa penerbangan antarabangsa' yang memudahkan tentera British dan Amerika berkomunikasi dengan jelas.

Selain perkataan "Roger", terdapat juga abjad fonetik yang digunakan seperti "Able", "Baker", "Charlie", "Dog", "Sugar", "Tare", "Victor" dan lain-lain.

Kenapa Masih Guna 'Roger' Sampai Sekarang?

Walaupun pada tahun 1957 perkataan "Roger" dalam abjad fonetik telah digantikan dengan "Romeo", namun istilah "Roger" sudah terlalu sebati dengan maksud "diterima" (received).

Sehingga kini, ia kekal menjadi identiti ikonik dalam dunia penerbangan dan komunikasi radio, malah kita sendiri pun sering menggunakannya dalam perbualan harian secara santai khususnya di Whatsapp.

Senarai Abjad Fonetik Yang Dahulu Digunakan

Semoga bermanfaat