Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Sering kali kita mendengar istilah ‘kontak rapat’ akhir-akhir ini, rentetan daripada kes jangkitan wabak Coronavirus (COVID-19) yang mula menggegarkan masyarakat di seluruh dunia sejak akhir tahun lalu.
Namun, adakah kita faham, apa itu kontak rapat?
Menurut perkongsian dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu ciapan di akaun Twitter @KKMPutrajaya menjelaskan, kontak rapat itu bermaksud mereka yang berhubung rapat dalam lingkungan satu meter dengan kes yang telah disahkan positif.
Ada dua jenis golongan yang termasuk dalam radius kontak rapat ini, iaitu;
Anggota kesihatan yang merawat kes itu tanpa memakai alat pelindung diri atau Personal Protective Equipment (PPE)
Mereka yang tinggal serumah dengan kes itu
Menurut penjelasan KKM dalam ciapan itu lagi, mereka (kontak rapat) ini akan disaring dan diambil sampel untuk ujian pengesanan.
Bagi individu yang berhubung rapat dengan kes yang disyaki (PUI) dan belum disahkan ujian makmal, mereka TIDAK dikira sebagai kontak rapat dan tidak perlu diambil sampel untuk ujian pengesanan.
Sumber: Twitter @KKMPutrajaya