Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Maksud Sebenar “Maluri” Di Cheras

maksud sebenar maluri
Gambar: Keluar Sekejap/YouTube 

Maksud Sebenar “Maluri” Di Cheras

Cakap pasal “Maluri”, ia sememangnya cukup sinonim sebagai kawasan pesat yang sibuk, menjadi laluan penting menghubungkan Cheras dengan Kuala Lumpur.

Dengan deretan pusat beli-belah, jaringan pengangkutan awam serta lokasinya yang strategik, Maluri adalah salah satu ‘hotspot’ bandar raya yang sentiasa hidup.

Bagi anak muda atau mereka yang kerap berulang-alik ke sekolah atau tempat kerja menggunakan MRT atau LRT, nama Stesen Maluri memang cukup familiar.

Tetapi di sebalik kepesatannya hari ini, ada satu fakta menarik yang ramai sebenarnya tak tahu.

“Maluri” akronim 3 perkataan?

Ramai mungkin menyangka “Maluri” hanyalah satu nama lokasi seperti tempat lain. Namun sebenarnya, nama itu adalah sebuah akronim, gabungan tiga perkataan yang jarang sekali diperkatakan.

Kita sebut hampir setiap hari, tetapi tidak ramai yang tahu asal-usulnya.

Fakta istimewa ini dibongkar sendiri oleh Toh Puan Na’imah Abdul Khalid, isteri kepada Allahyarham Tun Daim Zainuddin. Beliau menjelaskannya dalam satu temu bual eksklusif bersama podcast Keluar Sekejap.

BACA: Budak 7 Tahun Dah Pandai ‘Coding’, Mak Ayah Pastikan Anak Ada ‘Basic Skill’ Ni Sebelum Habis Sekolah

Tun Daim pernah ceburi perniagaan makanan

Menurut Toh Puan Na’imah, Tun Daim pernah menceburi pelbagai jenis perniagaan pada awal kehidupannya, termasuk perniagaan garam dan plastik.

Namun, perjalanan itu bukanlah mudah kerana Tun Daim melalui banyak kegagalan, tapi setiap kegagalan itu datang dengan rasa malu dan segan. Ini terutama apabila beliau terpaksa berdepan wajah ibu bapa serta para pelabur yang meletakkan harapan kepadanya.

Kongsi Toh Puan Na’imah, kegagalan itulah yang menjadikan Tun Daim belajar tentang dirinya sendiri.

Dalam setiap jatuh bangun itu, Tun Daim tetap bersyukur dan percaya bahawa sehebat mana pun manusia merancang, akhirnya Allah juga yang menentukan.

Tambah Toh Puan Na’imah, salah satu perniagaan yang pernah diceburi Tun Daim selepas gagal dalam beberapa bidang perniagaan ialah perniagaan makanan. Dari situlah tercetusnya nama yang kini sangat terkenal, “Maluri”.

“Maluri sebenarnya perniagaan makanannya (Tun Daim) – Makanan Luar Negeri,” jelasnya ringkas.

Dengan penjelasan itu, terjawablah misteri di sebalik nama “Maluri”. Rupa-rupanya, ia berasal daripada perniagaan makanan yang diusahakan Tun Daim pada era awal pembentukan kerjaya beliau.

Siapa sangka, nama yang kini menjadi lokasi penting di ibu kota itu sebenarnya menyimpan sejarah permulaan perjalanan seorang tokoh besar negara.

Untuk info, dalam temu bual tersebut, penonton dibawa menyelusuri perjalanan hidup Tun Daim.

Daripada seorang anak kampung yang gigih menimba ilmu hingga menjadi tokoh yang diberi kepercayaan membantu memulihkan ekonomi negara ketika saat-saat genting.

Toh Puan Naimah turut berkongsi sisi peribadi dan kisah di sebalik tabir kehidupan Tun Daim. Ini termasuk ketenangannya dalam membuat keputusan besar, keakrabannya dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad serta peranannya sebagai ‘penyelesai masalah’ di balik tabir kuasa.

BACA: Mat Saleh Dakwa Malaysia Ada Masalah ‘Imej’ Yang Serius

Sumber: Keluar Sekejap/YouTube