Siapa sahaja yang tidak kenal dengan sosok seorang pendakwah dermawan, Ebit Lew yang sering dilihat membantu rakyat Malaysia yang dalam kesusahan tidak mengira kaum dan bangsa.
Beberapa hari lepas, Ebit Lew menjadi bualan perhatian rakyat di negara ini kerana telah bertindak pantas menyumbang kereta dan motosikal kepada insan-insan yang diuji hidupnya.
Terbaharu, beliau bantu pula seorang lelaki tua berusia 80 tahun yang tinggal dan tidur di hentian bas. Ikuti luahan beliau di bawah yang telah kami kongsikan.
Semoga dengan perkongsian ini, sedikit sebanyak terinspirasi dengan kebaikan beliau.
Uncle Phang Tat Leong berumur 80 tahun tidur berhujan di bus stop

Dah berbulan tidur di Bus Stop Putra Perdana Puchong. Teringat ayah saya. Ujian uncle ni. Malam tadi dapat gambar dan video pakcik ni menangis je rasa. Rasa nak terus kesana.
Pagi ni terus ke sana. Uncle tak berapa dengar. Jadi saya tanya dengan menulis dekat kertas. Uncle fasih dan menulis Bahasa Inggeris. Baik orangnya.
Tak nak susahkan orang. Sebelum ini bekerja. Tak mampu nak bayar sewa rumah. Sekarang dah uzur dan bongkok. Bawa basikal ke mana-mana jadi macam tongkat tolak je dan untuk bawa barang. Sekarang kutip besi tin untuk jual.
Lama juga saya pujuk. Akhirnya setuju untuk ikut ke Pusat Penjagaan Wan Hing. Kami akan bayar bulanan. Cantik dan selesa tempat tu.
Banyak kali uncle ucap terima kasih. Masa beli selipar dan baju. Dia ulang satu sahaja. Dia tengok harga terus tak nak. Dia nak paling murah sahaja.
Semoga uncle sihat yer dan gembira di sini.






Sumber: Ebit Lew
