Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Malaysia Bersolidariti Bersama Kerajaan Arab Saudi

BERSOLIDARITI
Kredit: Bernama

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Malaysia bersolidariti bersama Kerajaan Arab Saudi dan mengecam sekeras-kerasnya serangan Houthi terhadap Kerajaan itu, termasuk serangan yang menyasarkan orang awam dan infrastruktur awam, menurut Kementerian Luar.

Dalam kenyataan, kementerian itu memaklumkan Malaysia menyokong usaha Arab Saudi untuk mempertahankan kedaulatan dan keutuhan wilayahnya serta keselamatan penduduknya, selaras dengan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan undang-undang antarabangsa.

“Malaysia turut menyokong segala usaha ke arah meredakan ketegangan dan segera menamatkan konflik.

“Malaysia amat menghargai kerjasama yang sekian lama terjalin dengan Kerajaan Arab Saudi dan kekal komited untuk terus memperkukuh kolaborasi ini demi kepentingan bersama kedua-dua negara,” menurut kementerian itu.

-- BERNAMA