Terkini

Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
industri semikonduktor
Sumber : BERNAMA
Tiada Kategori

Malaysia-Brazil Rangkul Peluang Kukuhkan Hubungan Ekonomi Dalam Industri Semikonduktor

Nurul Naqiyah

Malaysia-Brazil Rangkul Peluang Kukuhkan Hubungan Ekonomi Dalam Industri Semikonduktor

Lawatan Kerja YAB Perdana Menteri ke Brazil dari 16 – 19 November 2024 telah berjaya menjana potensi eksport sebanyak RM6.8 bilion (USD1.57 bilion) bagi tempoh tiga hingga lima tahun akan datang. Ini menunjukkan peluang perdagangan yang besar, khususnya dalam sektor-sektor bernilai tinggi yang digariskan di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu Malaysia (NIMP) 2030.

Potensi eksport tersebut diraih melalui sebuah Mesyuarat Meja Bulat yang dianjurkan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dengan Pemimpin Industri Brazil. Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh 58 pemimpin industri dan perniagaan dari 28 syarikat terkemuka dan persatuan perniagaan dari Brazil. Mesyuarat ini dianjurkan bersempena dengan penyertaan YAB Perdana Menteri di Persidangan G20 yang berlangsung di Rio de Janeiro dari 18 hingga 20 November 2024.

Mesyuarat Meja Bulat tersebut turut dihadiri oleh 48 wakil dari 19 syarikat, Agensi dan persatuan industri dari Malaysia, merangkumi pelbagai industri dan sektor perkhidmatan bernilai tinggi termasuk Minyak & Gas, Aeroangkasa, Peranti Perubatan & Penjagaan Kesihatan, Semikonduktor, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), Perkhidmatan R&D Industri 4.0, Kimia, Perlombongan, Industri Halal, dan Minyak Sayuran & Lemak Masak.

MITI juga telah menganjurkan mesyuarat bagi mengukuhkan hubungan ekonomi dua hala di antara Malaysia dan Brazil, khususnya dalam industri semikonduktor, lanjutan persetujuan yang dicapai oleh YAB Perdana Menteri dan TYT Presiden Brazil untuk menjalin kerjasama dalam industri ini.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri sendiri ini turut dihadiri oleh MIMOS Berhad, Persatuan Industri Semikonduktor Malaysia, Persatuan Industri Elektrik dan Elektronik Brazil, Persatuan Industri Semikonduktor Brazil dan Institut Eldorado Brazil. Mesyuarat tersebut telah menggariskan kepentingan untuk meningkatkan kerjasama dalam rekaan, pembuatan dan pembangunan bakat dalam industri semikonduktor.

Dua (2) Memorandum Persefahaman (MOU) berkaitan kerjasama dalam industri semikonduktor telah turut dimeterai, masing-masing di antara MIMOS Berhad dan Institut Eldorado Brazil; serta di antara Persatuan Industri Semikonduktor Malaysia, Persatuan Industri Elektrik dan Elektronik Brazil dan Persatuan Industri Semikonduktor Brazil.

Perdagangan dua hala antara Malaysia dan Brazil bagi tempoh Januari hingga September 2024 menunjukkan peningkatan sebanyak 19.8% kepada RM14.83 bilion (USD3.2 bilion), berbanding RM12.38 bilion (USD2.74 billion) bagi tempoh yang sama pada 2023. Tahun lepas, Brazil merupakan rakan dagang kedua terbesar Malaysia di kalangan negara-negara Amerika Latin.

Sebanyak RM8.64 billion (USD2.73 billion) pelaburan dari Brazil telah direkodkan merangkumi sektor pembuatan makanan, produk getah, peralatan pengangkutan dan hab pengedaran global. Syarikat-syarikat Malaysia seperti PETRONAS, Yinson dan Sapura turut melabur di Brazil dalam sektor tenaga dan minyak & gas dengan jumlah pelaburan melebihi USD15 billion.

MITI yakin bahawa hubungan perdagangan dan pelaburan antara Malaysia dan Brazil akan terus berkembang, mengambil kira peluang-peluang yang ditawarkan melalui NIMP 2030 dan Strategi Semikonduktor Nasional (National Semiconductor Strategy – NSS).