Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
negara paling bahagia malaysia asia tenggara
Kredit: Bernama & Bangkok Post

Malaysia Muncul Negara Kedua Paling Bahagia Di Asia Tenggara

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Malaysia Muncul Negara Kedua Paling Bahagia Di Asia Tenggara

Malaysia muncul sebagai negara kedua paling bahagia di Asia Tenggara di belakang Singapura, dalam Laporan Kebahagiaan Dunia yang diterbitkan baru-baru ini.

Berjaya meraih skor sebanyak 6.012 mata, Malaysia disenaraikan di tangga ke-55 di peringkat global. Manakala Singapura yang meraih 6.587 mata pula berada di tangga 25 dunia.

Di tangga ketiga Asia Tenggara (60 global) pula adalah Thailand yang meraih sebanyak 5.843 mata. Senarai itu diikuti oleh Vietnam (65), Filipina (76), Indonesia (84), Laos (89), Kemboja (115) dan Myanmar (117).

Laporan berkenaan menyenaraikan sebanyak 137 buah negara bagi edisi 2023. Brunei dan Timor Leste tidak dimaksukan dalam edisi kali ini.

Finland dinobatkan sebagai negara paling bahagia untuk 2023

Bagi tangga 20 teratas, kebanyakannya didominasi oleh negara-negara dari benua Eropah. Tangga pertama laporan berkenaan diisi oleh Finland yang meraih sebanyak 7.804 mata.

Ia dikuti dengan Denmark dan Iceland dengan masing-masing memeperolehi 7.586 dan 7.530 mata. Carta berkenaan kemudiaan diikuti Israel, Belanda, Sweden, Norway, Switzerland, Luxemborg dan New Zealand untuk 10 negara paling bahagia di dunia.

Laporan berkenaan melihat kepada enam faktor dalam menilai tahap kebahagian penduduk di sesebuah negara. Berdasarkan laman web World Happiness Report, enam faktor tersebut adalah pendapatan per kapita, sokongan sosial dan jangka hayat yang sihat.

Manakala tiga faktor lagi adalah kebebasan untuk membuat pilihan, sifat pemurah dan juga persepsi terhadap rasuah.

Kali terakhir Laporan Kebahagiaan Dunia dikeluarkan adalah pada 2013, iaitu 10 tahun lepas.

Kajian Dedah Petaling Jaya, Manjung Dan Kluang Antara Bandar Paling Bahagia Di Malaysia

Di Malaysia, kajian yang mirip dengan Laporan Kebahagiaan Dunia turut dijalankan bagi bandar-bandar dan kawasan di Malaysia.

Kajian Indeks Kebahagiaan Malaysia 2022 dikeluarkan bersempena Sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia pada 20 Mac yang disambut pada setiap tahun.

Dalam kajian tersebut, bandar raya Petaling Jaya, Manjung, dan Kluang telah diiktiraf sebagai antara 10 Bandar Paling Bahagia 2022 di Malaysia.

Turut berada dalam senarai, termasuklah bandar Gua Musang, Klang, Kulai, Krai, Kuantan, Rompin dan Alor Gajah. Kesemua bandar ini telah dipilih sebagai bandar paling bahagia menerusi Kajian Indeks Kebahagiaan Malaysia 2022.

Memetik Astro Awani, kajian ini telah dilaksanakan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa.

Dalam kajian ini, ukuran umum bagi indeks kebahagiaan terhadap tahap kesejahteraan penduduk meliputi aspek kesihatan, kesejahteraan, mental dan fizikal.

Berdasarkan kajian tersebut, penjagaan kebersihan persekitaran, pengurusan sisa pepejal dan kutipan sampah yang berkesan dan teratur adalah faktor utama yang menyumbang terhadap tahap kebahagiaan.

Ia juga berkait rapat dengan tahap dan kualiti perkhidmatan yang disediakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

BACA: “Sampai Sana Jangan Lupa Ibu…Tarik Kami Ke Syurga Ya”- Ibu

Sumber: Bangkok Post via World Happiness Report