Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Malaysia Terima Dua Pencalonan Anugerah AFC 2025

Hannah
anugerah AFC Malaysia
Gambar: BERNAMA

Malaysia Terima Dua Pencalonan Anugerah AFC 2025

Malaysia terus mencipta sejarah di pentas bola sepak Asia.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bersama Persatuan Bolasepak Guam (GFA) dan Persekutuan Bolasepak Seluruh India (AIFF) disahkan sebagai tiga calon akhir bagi Anugerah Pengiktirafan Presiden AFC untuk Bola Sepak Akar Umbi (Kategori Perak).

Dalam masa yang sama, nama tonggak Harimau Malaya dan Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, turut menjadi tumpuan.

Beliau disenaraikan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) sebagai salah satu daripada tiga calon akhir Anugerah Pemain Terbaik AFC 2025.

Difahamkan, pemain berusia 23 tahun itu bakal bersaing dengan dua bintang bola sepak Asia lain. Mereka ialah pemain Qatar dari kelab Al-Sadd, Akram Afif, serta pemain Arab Saudi dari kelab Al-Hilal, Salem Al Dawsari.

Pencalonan ini sekali gus membolehkan Arif Aiman mencatat sejarah tersendiri apabila beliau menjadi pemain pertama dari Malaysia yang pernah dicalonkan untuk anugerah utama tersebut.

Untuk info, Majlis AFC Awards Riyadh 2025 dijadualkan berlangsung di Riyadh, Arab Saudi pada 16 Oktober ini. Sama-sama kita nantikan detik bersejarah buat bola sepak negara.

BACA: Pernah Tular Ketika Olimpik Paris, Yusuf Dikec Rangkul Pingat Emas

Sumber: FAM