Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Mangsa Banjir Di Sabah Meningkat, Sarawak Berkurangan Malam Ini

Iqbal Yasir
Mangsa Banjir Di Sabah
Gambar: Bernama

Mangsa Banjir Di Sabah Meningkat, Sarawak Berkurangan Malam Ini

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) — Jumlah mangsa banjir di Sabah yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) terus meningkat, manakala di Sarawak mencatatkan penurunan setakat pukul 8 malam ini.

Di SABAH, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan jumlah mangsa meningkat kepada 1,034 orang daripada 322 keluarga, berbanding 989 orang daripada 308 keluarga pada 4 petang tadi.

Menurut kenyataan itu, 538 orang daripada 177 keluarga ditempatkan di dua PPS daerah Beaufort, 275 orang (71 keluarga) di dua PPS daerah Kinabatangan, manakala mangsa banjir di Membakut meningkat kepada 221 orang (74 keluarga) yang berlindung di sebuah PPS.

“Trend pemindahan mangsa banjir di Beaufort dan Kinabatangan kekal, manakala di Membakut pula meningkat,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak memaklumkan jumlah mangsa berkurangan kepada 1,570 orang, berbanding 1,877 orang petang tadi dengan 14 PPS masih lagi beroperasi.

Kenyataan itu memaklumkan 613 mangsa berlindung di empat PPS di bahagian Bintulu, 603 orang ditempatkan di empat PPS bahagian Mukah dan 33 orang berada di dua PPS bahagian Sibu, manakala di bahagian Miri kekal 321 orang di empat PPS.

Sumber: BERNAMA

BACA: Mat Saleh ‘Rindu’ F1 Dikembalikan Di Litar Sepang

BACA: Rakyat Malaysia Tempat Ke-6 Dunia ‘Melabur Duit’ Di TikTok

BACA: 10 Laman Web Paling “Rajin” Dilayari Rakyat Malaysia Pada Januari