Rakyat Malaysia Tempat Ke-6 Dunia ‘Melabur Duit’ Di TikTok
Platform media sosial popular, TikTok semakin mendapat perhatian dan menjadi fenomena baharu dalam dunia perniagaan digital.
Jika dahulu TikTok hanya dikenali sebagai aplikasi hiburan untuk video pendek, kini ia turut berfungsi sebagai platform jual beli yang semakin diminati oleh rakyat Malaysia.
Berdasarkan laporan terbaharu yang dikeluarkan oleh Tabcut.com, sebuah alat analisis profesional untuk TikTok Shop, rakyat Malaysia mencatatkan perbelanjaan yang tinggi di platform tersebut.
Sepanjang tahun 2024, rakyat Malaysia telah membelanjakan sebanyak USD2.724 bilion (sekitar RM12.07 bilion).
Angka ini menunjukkan peningkatan ketara sebanyak 104 peratus berbanding USD1.3 bilion (RM5.77 bilion) yang dicatatkan pada tahun 2023.
Dengan jumlah perbelanjaan sebesar itu, Malaysia berjaya menduduki tempat keenam dalam senarai negara dengan Nilai Kasar Barangan (GMV) tertinggi di TikTok bagi tahun 2024.
Untuk maklumat lanjut, berikut adalah kedudukan lapan negara teratas berdasarkan GMV tertinggi di TikTok sepanjang tahun 2024:
1. Amerika Syarikat – USD9 bilion (RM39.95 bilion)
2. Indonesia – USD6.198 bilion (RM27.52 bilion)
3. Thailand – USD5.743 bilion (RM25.48 bilion)
4. Vietnam – USD4.454 bilion (RM19.75 bilion)
5. Filipina – USD3.12 bilion (RM13.85 bilion)
6. Malaysia – USD2.724 bilion (RM12.07 bilion)
7. United Kingdom – USD1.548 bilion (RM6.8 bilion)
8. Singapura – USD391 juta (RM1.73 bilion)
BACA: ACLE: Dianggap Cipta Impak Besar, Ini Kata Arif Aiman Hanapi
BACA: Selepas 5 Tahun Ditutup, Pusat Peranginan Bukit Larut Bakal Dibuka Semula
BACA: Suspek Kes Tembak Di Pusat Beli-Belah Setia Alam Dikenal Pasti – Polis
Sumber: The Low Down