Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

MARDI Diarah Pantau Pertumbuhan, Pengeluaran Bawang Merah BAW-1 – Mohamad

Syed Faisal Sayed Muhammad
MARDI diarah pantau pertumbuhan
Kredit BERNAMA

MARDI Diarah Pantau Pertumbuhan, Pengeluaran Bawang Merah BAW-1 – Mohamad

KUALA LUMPUR, 2 Feb (Bernama) — Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) diarah memantau rapat pertumbuhan dan pengeluaran Bawang Merah MARDI BAW-1 bagi memenuhi matlamat pengurangan import bawang.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata data-data yang akan diperoleh mampu membantu kementerian merangka pelan penanaman bawang merah tempatan secara besar-besaran.

Mohamad berkata penyelidikan yang dijalankan pada tahun lepas telah menghasilkan tiga jenis bawang merah iaitu BAW-1, BAW-2 dan BAW-3.

“Alhamdulillah, Jabatan Pertanian Malaysia pada 24 Jan lepas telah memulakan penanaman bawang merah MARDI BAW-1 di kawasan seluas satu hektar di Kuala Bikam, Batang Padang, Perak,” kata beliau dalam hantaran Facebook miliknya.

Mohamad berkata krisis bekalan bawang yang berlaku pada 2020 akibat bencana banjir besar di India telah menyebabkan kenaikan harga bawang di pasaran lebih 30 peratus daripada RM6 kepada RM8 sekilogram.

Sebelum ini, ketika menyampaikan amanat tahun baharu 2024, beliau berkata kementeriannya akan memberi fokus untuk mengukuhkan industri bawang tahun ini.

BACA: Bolehkah Bakteria Dalam Badan Pengaruhi Mood Seseorang? Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Sumber: BERNAMA