Amalan bersedekah atau membuat kebajikan akan dibukakan pintu rezeki dan ganjaran pahala yang besar buat kita. Namun ramai yang ‘berat’ untuk melakukannya kerana khuatir terbeban dengan komitmen sedia ada yang kadang kala tidak mencukupi.
Sedangkan, Allah telah berjanji bersedekah tidak akan membuatkan harta seseorang itu berkurangan malah dikurniakan rezeki yang berlipat kali ganda.
Seperti perkongsian yang tular di laman sosial oleh Khairul Hakimin Muhammad mengenai kisah seorang rakannya ini ternyata menjentik hati ramai. Biarpun kaya dengan harta namun hidupnya penuh dengan isi dan pengajaran untuk kita ambil sebagai panduan.
Sesekali dapat sembang dengan orang yang bergaji RM140,000 sebulan, saya tanya dia, dia buat apa dengan duit banyak begitu?
Dia jawab,
Sesudah semua hutang selesai (kecuali rumah), buat haji untuk diri, isteri dan ibu bapa, maka:
50% kebajikan = RM70,000. 20% saving = RM28,000. 10% perbelanjaan bulanan = RM14,000. 10% hutang rumah = RM14,000. 5% investment emas = RM7,000. 5% belanja sendiri = RM7,000.
(Ini kiraan kasar saya sahaja lepas dengar beliau beritahu. Boleh jadi ada tolak KWSP semua).
Saya tanya lagi, “biar benar 50% tu kebajikan. Maksudnya bagi duit ke orang? Mak aih banyaknya.”
Dia jawab,
Huhuhu. Sentapnya Ya Allah. Sungguhlah, duit itu memang boleh ja cari. Namun balik-balik semuanya untuk kembali ke sisi Allah. Lain macam betul orang-orang kaya punya “pelaburan” untuk ke sana.
Kita hanya nampak mereka pakai kot, berkereta mewah, namun kita tak pernah tahu disebalik semua itu ada “kerja” yang mereka usahakan. Patutlah makin kaya, ini resipinya.
Huhu Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad, Sorry gais, beliau tak kasi up nama dan gambar selfie.
Sumber : Khairul Hakimin Muhammad
