Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Masa Memasuki Hijir Ismail Bagi Lelaki, Wanita Di Masjidil Haram Ditetapkan
MAKKAH, 23 Jun (Bernama-SPA) -- Pihak Berkuasa Am Penjagaan Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi mengumumkan waktu khas untuk memasuki Hijir Ismail bagi lelaki dan wanita sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk mengawal selia pergerakan di dalam Masjidil Haram dan meningkatkan perkhidmatan untuk jemaah.
Menurut lembaga itu, jemaah wanita dibenarkan memasuki Hijir Ismail setiap hari dari pukul 6 pagi hingga 9 pagi, manakala waktu kemasukan bagi jemaah lelaki ditetapkan dari pukul 10 malam hingga 1 pagi, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).
Pihak berkuasa itu menyatakan bahawa penetapan masa berkenaan bertujuan memudahkan urusan ibadah, memastikan kelancaran pergerakan, dan meningkatkan pengalaman para pengunjung di Masjidil Haram.