Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

METMalaysia Keluarkan Nasihat Taufan Mekkhala
KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan nasihat berkaitan Taufan Mekkhala yang dikesan berada kira-kira 1,616 kilometer (km) di timur laut Kudat, Sabah.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan taufan itu kini berada pada kedudukan 460km di timur laut Luzon, Filipina.
Berdasarkan pencerapan pada 5 petang tadi, taufan berkenaan bergerak ke arah barat laut dengan kelajuan 10 kilometer sejam (km/j) dan berpotensi mencapai kelajuan maksimum 185km/j.
Bagaimanapun, MetMalaysia memaklumkan taufan itu tidak memberi kesan signifikan terhadap Malaysia.