Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Tular Kisah Malang Jadi Sebelum Kahwin
Orang kata, nak kahwin ni memang tak sah kalau tak ada dugaan yang datang menguji.
Tak kiralah sekecil-kecil masalah ataupun ujian besar, semuanya seolah-olah hadir ketika pasangan sedang menghitung hari untuk disatukan.
Itulah yang dirasakan seorang wanita di Threads, apabila berjaya mencuri perhatian ramai menerusi perkongsian ringkasnya.
Tak sangka, ruangan komen pula dipenuhi pelbagai kisah yang bukan saja mencuit hati. Malah, ada yang membuatkan ramai turut 'berdebar'.
Menerusi Threads, wanita ini bertanyakan soalan yang cukup ringkas tentang pengalaman paling malang pernah dilalui netizen sebelum bergelar suami isteri.
Lucunya, wanita itu tak ketinggalan mendedahkan ujian yang dialaminya sendiri sebelum hari bahagia.
"Apa benda malang yang jadi sebelum korang kahwin? Aku, photographer masuk penjara..."
Bagai pucuk dicita ulam mendatang, netizen ternyata tidak melepaskan peluang keemasan itu. Macam biasa, bukan netizen Malaysia kalau tak menghiburkan dunia maya.
Perkongsian tersebut terus tular dan ruangan komen dibanjiri kisah daripada bakal pengantin serta pasangan yang sudah berkahwin.
Antara perkongsian yang paling banyak mencuit hati netizen ialah kisah melibatkan tok kadi.
Rupa-rupanya, bukan seorang dua yang berdepan situasi mencemaskan melibatkan individu penting itu pada hari akad nikah.
"Tak jugak malang tapi kelakar la bila ingat balik. Tok kadi datang lambat sebab tak jumpa parking."
"Tok kadi lupa nikah malam. Ayah saudara pergi panggil tok kadi dekat rumah dia. Tok kadi tengah elok tidur."
"Sehari sebelum nikah, tok kadi masuk hospital. Lagi 3 jam nak nikah, baru diorang dapat tok kadi ganti. Tok kadi ganti tu pulak pernah crush dengan aku masa zaman sekolah. Alhamdulillah, 17 tahun sudah."
Selain kisah tok kadi, ramai juga yang berdepan pelbagai insiden kecil yang akhirnya menjadi kenangan lucu selepas bertahun-tahun berlalu.
"Tergolek moto depan masjid sambil bertemankan hujan renyai-renyai masa nak hantar dokumen nikah kat tok kadi."
"Lagi 5 minit groom stylist nak datang, baju nikah kena Nescafe panas."
"Esok pagi nak nikah dah. Lewat petang pada hari kejadian menggatal pergi iron veil sendiri. Last-last terbakar."
Di sebalik kisah-kisah lucu tersebut, terdapat juga beberapa perkongsian yang lebih tragis sehingga hampir menyebabkan majlis perkahwinan tertangguh.
"Microsleep otw balik hantar borang nikah. Kerja 12 jam. Rehat setengah jam. Terus tekan balik kampung. Perjalanan 400km. Lagi 5km nak sampai terbabas. Time ni kereta baru 4 bulan."

"Tak berani nak cakap malang mungkin bukan rezeki. Sebulan sebelum kahwin suami kerugian almost RM200k termasuk lah duit nak bayar wedding planner. So terpaksa batal semua and hampir postponed. Last-last nikah je kat masjid and buat makan-makan kat cafe. Alhamdulillah ada hikmah berkat doa dan kesabaran."
"4 hari sebelum nikah masuk hospital operate appendix."
"Seminggu sebelum kahwin, husband patah kaki. Kahwin pakai kasut? Tidak. Kahwin pakai simen? Ya. Pagi nak nikah hujan pulak sampai banjir. Pergi pejabat agama naik lori katering. Tragis tau. Cerita 6 tahun lepas musim PKP."
"Saya kena allergic satu badan, paling teruk muka dan perut. Nasib baik semua kesan cakar tu hilang sebulan sebelum majlis. Tang perut je lah sampai sekarang tak hilang parut."
Walaupun kebanyakan pengalaman yang dikongsikan bermula dengan detik cemas dan penuh tekanan, ramai netizen mengakui ia akhirnya menjadi antara kenangan paling manis untuk dikenang.
Malah, ada yang menganggap pelbagai ujian sebelum perkahwinan itu sebagai sebahagian daripada cerita unik yang menjadikan perjalanan mereka lebih bermakna.