Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Masih Ramai Tak Tahu, Ini 14 Kategori Barangan SARA
Sejak minggu lalu, orang ramai sudah boleh menyemak kelayakan bagi bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA ) 2025 yang akan disalurkan pada 31 Ogos nanti.
Berbeza dengan sebelum ini, kini semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas akan mendapat bantuan RM100 secara one-off yang boleh digunakan sehingga Disember depan.
Jangan risau, tiada pendaftaran atau permohonan perlu dibuat memandangkan kelayakan untuk SARA adalah secara automatik berdasarkan data pemegang MyKad Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Semestinya ia sedikit sebanyak akan membantu orang ramai bagi menampung keperluan isi rumah.
Bagaimanapun, masih ramai nampaknya yang belum tahu mengenai senarai barang yang boleh dibeli menggunakan SARA.
Untuk pengetahuan, senarai barangan untuk SARA telah dikemas kini pada Mei lalu dan mempunyai penambahan.
1. Beras (Jasmine, Faiza, Cap Rambutan, Super5)
2. Roti (Gardenia, Massimo, Mighty White)
3. Telur (CP, NutriPlus, QL Eggs)
4. Minyak Masak (Saji, Alif, Buruh, Vesawit)
5. Tepung (Cap Sauh, Cap Lili, Blue Key)
6. Biskut (Munchy’s, Julie’s, Tiger, Chips More)
7. Mi Segera (Maggi, Indomie, Cintan, Mamee)
8. Minuman (Milo, Dutch Lady, BOH, Nescafe, Horlicks)
9. Makanan Dalam Tin ( Ayam Brand, TC Boy, Kimball)
10. Bahan Perasa (Jalen, Life, Maggi, Habhal’s)
11. Produk Kebersihan Diri (Colgate, Dettol, Kotex)
12. Ubat-Ubatan (OTC) (Panadol, Hurix’s, Sterimar)
13. Barangan Persekolahan (Faber-Castell, Staedtler, Bata)
14. Barangan Kebersihan Rumah (Sabun pencuci, pencuci lantai, pencuci pinggan)
Selain jenama yang disenaraikan di atas, anda boleh mencari label MyKasih atau SARA pada rak sebelum membeli produk yang diinginkan.
Anda juga boleh menyemak barangan menerusi aplikasi MyKasih.
Kesemua barangan ini boleh dibeli di pasar raya dan kedai terpilih seperti Mydin, Lotus’s, Econsave, TF Value Mart, 99 Speedmart (terpilih), Billion dan Giant.
Selamat berbelanja dan semoga bermanfaat.
Sumber: MyKasih