Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Masjid Di Bawah JAKIM, JAWI Diminta Buat Solat Jenazah Ghaib Untuk Ismail Haniyeh

solat jenazah Ismail Haniyeh
Gambar: BERNAMA

Masjid Di Bawah JAKIM, JAWI Diminta Buat Solat Jenazah Ghaib Untuk Ismail Haniyeh

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) — Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) meminta semua masjid yang berada di bawah agensi itu untuk membuat solat jenazah ghaib buat pemimpin Hamas Ismail Haniyeh yang dilaporkan terbunuh hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata beliau mengarahkan kedua-dua jabatan berkenaan untuk mengambil tindakan selanjutnya sekiranya mendapat maklumat terperinci berhubung perkara itu.

BACA: Pemimpin Hamas Ismail Haniyeh Terbunuh Dalam Serangan Udara Israel Di Tehran

“Pengarah JAWI (Datuk Mohd Ajib Ismail) sedang mendapatkan maklumat lebih terperinci berkaitan jenazah Ismail Haniyeh. Insya-Allah dalam masa terdekat kita akan lakukan solat jenazah ghaib,” katanya ketika dihubungi Bernama melalui aplikasi WhatsApp.

Hamas mengumumkan awal Rabu bahawa Haniyeh yang juga ketua biro politik Hamas terbunuh dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kediamannya di Tehran, Iran, menurut laporan media antarabangsa.

BACA: Hentikan Serta-Merta Penjualan Aiskrim Yang Dicampur Ubat Batuk Pei Pa Kao – KKM

Televisyen kerajaan Iran juga melaporkan kematian Haniyeh, menyatakan bahawa siasatan ke atas pembunuhan itu sedang dijalankan dan hasilnya akan diumumkan tidak lama lagi.

Sumber: BERNAMA