Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Masjid, Surau Seliaan JAKIM Dan JAWI Adakan Solat Hajat Doa Kesejahteraan Agong Esok 

Iqbal Yasir
Solat Hajat Agong
Gambar: Astro AWANI

Masjid, Surau Seliaan JAKIM Dan JAWI Adakan Solat Hajat Doa Kesejahteraan Agong Esok

PUTRAJAYA, 10 Feb (Bernama) — Masjid di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) iaitu Masjid Negara di Kuala Lumpur serta Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini, akan mengadakan solat hajat dan doa selamat bagi mendoakan kesejahteraan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata solat hajat dan doa selamat selepas solat maghrib esok itu turut diadakan di masjid dan surau di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

“Umat Islam adalah diundang untuk bersama-sama ke masjid atau surau berkenaan bagi mendoakan Seri Paduka Baginda agar dikurniakan kesejahteraan, kesembuhan dan keafiatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jumaat lepas, Istana Negara dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memaklumkan Seri Paduka Bagina berangkat ke luar negara bagi menjalani rawatan.

Mengiringi bersama Seri Paduka Baginda, Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahmandan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar.

Sumber: BERNAMA

BACA: Lesen Bazar Ramadan Dibatalkan Jika Dijual Semula – PM Anwar

BACA: Nahas KM204: Syarikat Lori Disyaki Punca Kemalangan Didakwa 4 Mac

BACA: Lima Rumah, Empat Motosikal Rosak Dalam Kebakaran Di Manjoi