Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Mat Saleh Kagum Inisiatif Pengurusan Masjid Ini Buat Untuk Mudahkan Jemaah

Mat Saleh Kagum Inisiatif
Kredit: TikTok @salehfamily

Mat Saleh Kagum Inisiatif Pengurusan Masjid Ini Buat Untuk Mudahkan Jemaah

Memasuki 10 malam terakhir Ramadan, sudah tentu seluruh umat Islam berpusu-pusu mengerjakan ibadah.

Malah ada jemaah yang bermalam ini di masjid-masjid untuk mencari satu malam yang lebih baik dari seribu bulan, iaitu malam Lailatul Qadar.

Apatah lagi bulan penuh istimewa ini mempunyai solat Tarawih, yang tiada pada bulan-bulan lain. Sudah tentu, ramai yang tidak melepaskan peluang untuk solat berjemaah di masjid.

Jadi, tidak hairan apabila bulan Ramadan, rata-rata lot parkir masjid-masjid dipenuhi kenderaan jemaah.

Bagaimanapun, perkara ini kadangkala boleh menjadi tidak terurus jika tidak dikawal dengan baik. Namun berbeza dengan masjid ini yang mempunyai pendekatan yang bijak dalam menguruskan kawasan parkir kereta jemaah.

Perkara inilah yang dikongsikan oleh seorang mat saleh yang berada di sebuah masjid.

Ketika berada di luar kawasan masjid berkenaan, dia mendapati lot parkir kenderaan telah dilabel dengan bendera penanda “8 rakaat” dan “20 rakaat”.

Baginya, dia memuji dan menyifatkan ia satu pendekatan yang positif. Malah membantu memudahkan para jemaah untuk keluar masuk tanpa menganggu kenderaan jemaah yang lain.

Selesai Isu “Double Park”

“Untuk mereka yang nak solat lapan rakaat, mereka letak kereta di sebelah sini.

“Dan untuk sesiapa yang solat 20 rakaat, mereka parkir di sebelah sana. Jadi, tak ada la keliru

“Awak takkan halang laluan orang lain kalau awak cuma nak solat lapan rakaat, atau kalau ada orang solat 20 rakaat dan mereka 'block' kereta awak.

“Ia tak jadi macam tu, ya. Mereka dah uruskan segalanya,” puji lelaki berkenaan.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut memuji pendekatan yang dibawakan oleh pengurusan masjid berkenaan.

Sebahagian warga maya menyatakan ia merupakan Masjid Raja Haji Fi Sabilillah di Cyberjaya.

Berikut antara komen netizen;

“Alhamdulillah bangga dengan Malaysia,” puji seorang pengguna.

“Memang mantap idea ni, selesai terus masalah double park,” komen seorang lagi.

“Mula-mula saya kagum sangat, lepas tu baru perasan rupanya ini di negara saya sendiri, terus rasa lagi bangga,” komen seorang lagi.