Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

MAWILLA 2 TLDM Terima Empat Bot Pemintas Laju 

Iqbal Yasir
Gambar: Facebook Markas Wilayah Laut 2

MAWILLA 2 TLDM Terima Empat Bot Pemintas Laju

SANDAKAN, (Bernama) — Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di sini menerima empat bot pemintas laju (FIC) G2000 MKII semalam.

MAWILLA 2 memaklumkan bot pemintas itu dilengkapi dengan sistem persenjataan automatik Remote Control Weapon Station (RCWS) dan senjata berkaliber 12.7mm Heavy Machine Gun (HMG).

“Sistem persenjataan ini membolehkan pengoperasian senjata dijalankan secara jarak jauh dengan ketepatan tinggi dan mampu mencapai kelajuan maksimum hingga 50 knot,” menurut MAWILLA 2 dalam kenyataan pada Rabu.

Menurut kenyataan itu, bot pemintas baharu berkenaan akan meningkatkan keupayaan operasi TLDM di kawasan khususnya wilayah timur Sabah dalam mendepani pelbagai cabaran maritim, sekali gus memperkukuh kesiapsiagaan bagi menjamin keselamatan dan kedaulatan perairan negara.

Empat bot pemintas lajut terbabit adalah sebahagian daripada 13 bot diperoleh TLDM secara berperingkat melalui tiga fasa.

Sebelum ini dua bot diserahkan kepada MAWILLA 2 pada Februari 2024.

Majlis penyerahan disempurnakan Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertahanan Datuk Mohd Shaiful Ibrahlm, yang menyaksikan upacara menandatangani dokumen serah terima antara wakil Syarikat Gading Marine dan TLDM.

Sumber: BERNAMA

BACA: Ketahui Sebab Banyak Stesen Minyak Dekat Antara Satu Sama Lain

BACA: Sekurang-kurangnya 50 Maut Dalam Kebakaran Besar Di Pusat Beli-Belah Di Iraq