Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Mayat Dalam Kolah: Lelaki Warga Asing Direman Seminggu

Nurhanis
mayat kolah lelaki direman
Kredit: Sinar Harian

Mayat Dalam Kolah: Lelaki Warga Asing Direman Seminggu

KLANG, 5 Dis (Bernama) — Seorang lelaki warga asing direman tujuh hari bagi membantu siasatan berkaitan kes penemuan mayat di dalam kolah bilik mandi di sebuah rumah di Kampung Pendamar, Pelabuhan Klang di sini dua hari lepas.

Majistret Amirul Asyraf Abd Rasid membenarkan reman bermula hari ini hingga 11 Dis selepas permohonan berkenaan dikemukakan oleh polis hari ini.

Terdahulu, lelaki berusia 53 tahun itu tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Klang pada 9.47 pagi dengan diiringi anggota polis.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan pada malam tadi mengesahkan penemuan mayat dipercayai wanita dalam keadaan disimen di dalam sebuah kolah di sebuah rumah di Kampung Pendamar dekat sini.

Hussien berkata seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes berkenaan yang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu, polis masih mengesan dua lelaki warga asing iaitu Ranjit Singh dan Mandeep Singh, yang merupakan penyewa di rumah berkenaan sebelum ini dipercayai terlibat dalam kes penemuan mayat berkenaan.

BACA: Mayat Dipercayai Wanita Warga Asing Ditemui Dalam Simen

Sebelum ini, media melaporkan seorang penduduk bersebelahan rumah berkenaan berkata dia terkejut melihat kawasan luar kediamannya dipenuhi anggota polis pada 9.30 malam semalam dan bertambah ramai dengan kehadiran anggota bomba sekitar 11 malam.

“Rupanya ada mayat di rumah sebelah dan memang rumah ini pernah disewa kepada warga asing sebelum ada antara mereka pulang ke negara asal. Selepas itu rumah itu disewa kepada pasangan suami isteri warga tempatan,” katanya.

Sumber: BERNAMA