Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Mayat Pengawal Keselamatan Ditemukan Dalam But Kereta

Iqbal Yasir
mayat lelaki ditemukan
Sumber: BERNAMA

Mayat Pengawal Keselamatan Ditemukan Dalam But Kereta

SHAH ALAM, 17 Sept (Bernama) — Seorang pengawal keselamatan dipercayai dibunuh selepas mayatnya ditemukan di dalam but sebuah kereta di tepi Jalan Pasir, Taman Pertama di Sabak Bernam, semalam.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Supt Robin Guha Thakurta berkata lelaki warga tempatan berusia 43 tahun itu dijumpai selepas menerima maklumat daripada anggota kereta peronda pada 6.04 petang.

“Siasatan awal mendapati mangsa mengalami cedera pada anggota badan.

“Pemeriksaan Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor mengesahkan ada unsur jenayah menyebabkan kematian itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Robin berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Kita sedang mengesan suspek terlibat dan pemilik kenderaan itu,” katanya.

Beliau turut meminta orang ramai mempunyai maklumat mengenai kejadian hadir ke balai polis berhampiran atau menghubungi talian 03-32242222 bagi tindakan lanjut.

Sumber: BERNAMA

BACA JUGA: Semangat Murid ‘Istimewa’ Peraga Baju Tema Merdeka Undang Sebak Netizen

BACA JUGA: Boleh Merebak Melalui Sentuhan, Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Mpox