Semangat Murid ‘Istimewa’ Peraga Baju Tema Merdeka Undang Sebak Netizen
Setiap kali Sambutan Hari Kemerdekaan, sekolah-sekolah turut tidak terlepas menyambut sambutan ini di peringkat sekolah.
Pelbagai acara menarik dianjurkan seperti nyanyian lagu patriotik, pameran sejarah Malaysia, peraduan replika ikonik negara, pakaian bertemakan hari Kemerdekaan, tarian dan banyak lagi.
Menerusi aktiviti sedemikian, ia dapat menanamkan semangat cinta akan tanah air dalam diri murid-murid.
Secara tidak langsung lebih ramai pelajar-pelajar yang bersemangat dan berminat untuk merayakan sambutan ini setiap tahun.
Tidak terlepas juga menyertai sambutan kebangsaan itu adalah murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), yang sering bersemangat dalam memaparkan kecintaan kepada negara.

Misalnya, seperti yang tular baru-baru ini, yang memaparkan seorang pelajar perempuan memperagakan busana merdeka di atas pentas.
Dalam satu klip yang dikongsi pemilik akaun TikTok @mashazinisidik, ia menunjukkan seorang kanak-kanak naik ke atas pentas sambil dipimpin oleh seorang guru bagi mempersembahkan busana bersempena program penutupan Sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan.
Atur langkah perlahan, tunjuk busana kemerdekaan
Meskipun tidak sempurna fizikal seperti kanak-kanak lain, murid tersebut bersemangat mengatur langkah ke tengah pentas sebelum berpusing memaparkan pakaian yang bertemakan patriotik.
Murid tersebut memakai busana berwarna tembaga berserta kain berwarna kuning yang diletakkan pada bahagian pinggangnya.
“Walaupun pelajar ini berketidakupayaan seperti kanak-kanak lain, tetapi mereka juga bersemangat dalam aktiviti di sekolah.
“Program PPKI Sekolah Kebangsaan Tok Bali bersama-bersama menyertai program penutupan Sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan,” tulis kapsyen video itu.

Perkongsian video itu turut mengundang sebak warga maya yang menonton klip berkenaan.
Rata-rata mereka memuji semangat yang ditonjolkan oleh anak istimewa itu selain berkongsi pengalaman masing-masing mempunyai anak kurang upaya (OKU).
BACA JUGA: Hampir 100,000 Pelancong Malaysia Manfaatkan Cuti Panjang Berkunjung Ke Selatan Thailand
Berikut antara komen netizen;
“Tengok video ni terdetik hati saya, kenapa saya tak pernah ragamkan pakaian kebangsaan kepada anak autisme saya. Allahuakbar, mama baru sedar, tahun depan insyaAllah mama pakaikan untuk anak mama ya,” luah seorang pengguna.
“Kaki adik comel ni macam clubfoot dari lahir. Semoga anak ni berjaya dunia akhirat. Suka dengan kenyakinan dia,” kongsi seorang lagi.
“Mereka bukan kekurangan upaya, mereka kelebihan upaya sebab orang normal tak mampu buat macam mereka,” komen pengguna lain.
Video ini mendapat lebih 200,000 tontonan dengan lebih tanda ‘suka’ dan pelbagai komen.
@mashazinisidik Walaupun Pelajar ini Berketidakupayaan seperti kanak2 lain, tp mereka juga Bersemangat dalam aktiviti Di sekolah.. Program PPKI Sk To Bali bersama2 menyertai program penutupan Sambutan Ulangtahun Kemerdekaan🥰👍
Sumber: TikTok @mashazinisidik