Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Mayat Wanita Ditemui Dalam Tong Sampah Di Alor Gajah

Nur Syahirah Zainoor Hisham
wanita tong sampah kepala kaki tangan
Kredit: PDRM

Mayat Wanita Ditemui Dalam Tong Sampah Di Alor Gajah

Seorang wanita dibunuh kejam apabila badannya ditemui dalam keadaan bogel tanpa kepala, kaki dan tangan dalam tong sampah di Kampung Rimau, Pulau Sebang Alor Gajah minggu lepas.

Difahamkan, tong sampah yang memuatkan mayat wanita malang itu telah dibuang ke dalam longkang berdekatan kawasan terbabit.

Menurut Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad Abu, pihak polis telah menerima laporan berkenaan penemuan itu kira-kira jam 2 petang pada 31 Disember lalu.

Seterusnya, pihaknya telah menjalankan siasatan berkenaan kes itu bersama Unit Forensik Kontinjen Melaka dan Hospital Alor Gajah.

“Mayat berkenaan ditemui dalam keadaan tidak berpakaian, hanya beralaskan kain di bawahnya disyaki seorang perempuan berusia antara 20 hingga 30-an.

“Selain itu anggota badannya tidak cukup iaitu kepala, kedua-dua tangan dan kaki dipercayai telah dipotong,” ujarnya.

Identiti mayat wanita masih tidak dapat dikenal pasti

Menurut Arshad lagi, Hospital Melaka kemudian melakukan bedah siasat untuk mengenal pasti punca kematian dan identiti mayat itu.

Mayat tersebut juga tidak memiliki sebarang kaitan dengan dua kes kehilangan individu yang dilaporkan.

“Setakat ini, tiada sebarang tanda badan atau tatu ditemui, bagaimanapun pihak polis telah membuat ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas dua kes orang hilang tetapi negatif.

“Lokasi penemuan mayat itu pula merupakan jalan kampung dan tiada rumah, namun kediaman terdekat pun rumah kosong iaitu 100 meter dari lokasi kejadian.

“Kes di klasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini untuk menghubungi pihak polis.

Pihak yang kehilangan ahli keluarga mahupun individu yang dikenali juga diminta untuk menghubungi balai berhampiran dengan tempat tinggal masing-masing.

“Boleh juga menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah, di talian O6-5562222 atau pegawai penyiasat Deputi Superintenden Mohd Ali Hanafiah Hasim di talian 019-9536277,” kata Arshad.

BACA: Budak 13 Tahun Jadi Manusia Pertama Tamatkan “Game” Tetris

Sumber: Sinar Harian