Setiap hari kalau korang tengok, ada saja orang yang sering membuat transaksi wang lebih-lebih lagi dengan menggunakan kaedah SMS TAC. Bukan nak kata SMS TAC ni tak bagus, tapi korang tahu tak ada satu lagi kaedah yang juga boleh memastikan keselamatan sebarang transaksi wang yang korang lakukan.
Kaedah yang dimaksudkan ni bermanfaat untuk korang kerana ianya lebih bermanfaat dan alternatif yang jauh lebih selamat.
Untuk maklumat korang, kaedah ini telah digunakan oleh Maybank sebagai alternatif kepada SMS TAC yang selalu korang gunakan tu. Kalau nak tahu kaedah apa yang dimaksudkan, korang boleh rujuk penerangan dekat bawah ni.
Apa itu Secure2u
Kaedah yang dimaksudkan adalah Secure2u. Ianya merupakan cara yang lebih selamat dan senang untuk membenarkan transaksi Maybank2u korang dengan menggunakan “Secure Verification (one-tap approval)” dan “Secure TAC” (nombor TAC 6 digit yang dihasilkan pada aplikasi mudah alih). Kaedah ini tersedia di kedua-dua aplikasi MAE & aplikasi Maybank2u (M2U) MY.
Transaksi yang terlibat
Untuk maklumat korang, Maybank akan melancarkan penguatkuasaan Secure2u secara berperingkat. Setakat ini, pengguna yang telah mendaftar untuk Secure2u akan menggunakan kaedah default untuk approve semua transaksi. Maybank telah memperkenalkan Secure2u untuk semua jenis transaksi seperti JomPay, DuitNow dan Tabung Haji.
Untuk senarai transaksi yang terlibat serta maklumat-maklumat terkini, korang boleh rujuk di pautan yang disediakan ini.
Apa yang korang perlukan untuk approve transaksi melalui Secure2u?
Telefon pintar dengan aplikasi MAE / aplikasi M2U
Sambungan internet dan WiFi yang stabil
Tidak lagi bergantung pada rangkaian telco
Cara mendaftar untuk Secure2u
1. Melalui aplikasi MAE







2. Melalui aplikasi M2U MY






Cara approve transaksi melalui Secure2u
1. Melalui aplikasi MAE



2. Melalui aplikasi M2U MY



Kelebihan menggunakan aplikasi MAE
Kalau korang nak tahu, aplikasi ini boleh melakukan lebih daripada sekadar “approve” transaksi korang. Dengan aplikasi MAE, korang boleh:
Memastikan keselamatan akaun korang, kad dan lain-lain dengan kunci biometrik & “password lock”
Melakukan semua transaksi perbankan penting
Adanya “tracker” perbelanjaan automatik
Ciri tabung untuk disimpan sebagai simpanan kecemasan sendiri atau bersama rakan-rakan
Pergi ke mana sahaja secara “cashless” dengan “Scan & Pay” dan kad MAE
Dapat menikmati promosi eksklusif yang hanya terdapat di aplikasi MAE
Bersama dengan web Maybank2u, aplikasi MAE ini dibina untuk meningkatkan pengalaman perbankan online korang pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
Korang jangan risau, aplikasi MAE juga boleh didapati di Google Play dan juga Apple App Store. Untuk sebarang info dan pertanyaan dengan lebih lanjut, korang boleh melayari www.maybank2u.com.my/secure2u ataupun korang boleh menghubungi Maybank melalui “Live Chat” di www.maybank2u.com.my. Korang tunggu apa lagi? Jom kita daftar Secure2u.