Tular baru-baru ini tentang salah seorang pelanggan Maybank2U mendapati sebuah laman web Maybank palsu untuk tujuan penipuan kepada pelanggan.
Jadi, pihak Maybank sekali lagi mengingatkan para pengguna agar tidak mudah klik pada sebarang iklan yang muncul sama ada melalui laman web rawak atau mesej telefon dan paling penting di media sosial walaupun ia kelihatan seperti iklan yang ‘legit’.
Menerusi laman Twitter Maybank Malaysia berkata ‘scammer’ semakin bijak pada zaman kini menyebabkan pengguna sukar untuk mengenalpasti laman web palsu.
Amat sukar untuk mengenalpasti laman web palsu baru-baru ini. ‘Scammer’ semakin licik mencipta laman web phishing yang kelihatan mirip dengan yang sebenar supaya anda tertipu untuk memberi maklumat peribadi, seperti nama pengguna dan kata laluan Maybank2u.

Kami menasihatkan anda agar berhati-hati dan sila layari laman web kami dengan menaip http://maybank2u.com.my pada pelayar.
Jika anda mencari ‘Maybank’ atau ‘Maybank2u’ melalui enjin carian, pastikan anda periksa URL sebelum klik. Walaupun laman web kami akan selalu muncul sebagai hasil carian teratas, ianya adalah lebih selamat jika anda menaip URL terus ke pelayar.

Sekiranya anda telah mendedahkan butiran log masuk Maybank2u di laman web palsu secara tidak sengaja, sila hubungi kami dengan segera di talian 03-5891-4744.
Untuk tips perbankan atas talian, layari: http://mybk.co/ScamAlertBM
Sumber: Maybank Malaysia
