Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

MBS Tawar Insentif Sehingga RM50 Untuk Penyerahan Anjing Terbiar

MBS Tawar Insentif
Kredit: Gambar Hiasan AI

Bagi yang sering berdepan dengan masalah anjing terbiar di kawasan perumahan, mungkin ada satu inisiatif daripada Majlis Bandaraya Seremban (MBS) yang wajar diberi perhatian.

MBS kini membuka peluang kepada orang ramai untuk menyertai Program Pemberian Insentif Penyerahan Anjing Terbiar Secara Sukarela 2026, sebagai usaha mengawal populasi anjing terbiar di kawasan pentadbirannya.

Menerusi program ini, orang ramai yang menyerahkan anjing terbiar secara sukarela boleh menerima insentif sehingga RM50 bagi setiap ekor, bergantung kepada kategori anjing yang diserahkan.

MBS tawar insentif sehingga RM50 untuk penyerahan anjing terbiar

  • RM50 bagi setiap ekor anjing dewasa

  • RM25 bagi setiap ekor anak anjing berusia bawah enam bulan

Menurut MBS, inisiatif ini bukan semata-mata menawarkan insentif, sebaliknya merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk memastikan pengurusan haiwan terbiar dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik.

Pada masa sama, program tersebut turut bertujuan membantu meningkatkan aspek kebersihan, keselamatan dan kesejahteraan komuniti di kawasan pentadbiran MBS.

Syaat utama permohonan

Antara syarat utama yang ditetapkan ialah:

  • Warganegara Malaysia dan menetap di kawasan pentadbiran MBS

  • Anjing diserahkan dalam keadaan hidup

  • Tidak mengalami kecederaan serius atau penderaan

  • Anjing tidak berlesen atau tiada bukti pemilikan

  • Tertakluk kepada syarat dan peruntukan semasa pihak Majlis

Bila program bermula?

Program Pemberian Insentif Penyerahan Anjing Terbiar Secara Sukarela 2026 akan bermula pada 24 Ogos 2026.

Bagi kaedah penyerahan, anjing perlu diserahkan secara terus kepada pihak MBS mengikut tarikh dan lokasi yang ditetapkan.

Pemohon akan dihubungi pihak Majlis bagi memaklumkan status permohonan serta menerima salinan borang permohonan penyerahan anjing yang telah disahkan dalam tempoh tujuh hari bekerja.

Kredit: Majlis Bandaraya Seremban via Facebook

Penyerahan kepada Jabatan Kesihatan Persekitaran, Wisma MBS boleh dibuat antara:

  • 9.00 pagi hingga 4.00 petang

  • Tertakluk kepada perubahan semasa dan pemakluman lanjut daripada pegawai Majlis

Orang ramai yang berminat boleh membuat permohonan dengan mengimbas kod QR yang disediakan pada poster program.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Jabatan Kesihatan Persekitaran, Majlis Bandaraya Seremban di talian
06-7654246 / 06-7654298.

Menerusi inisiatif ini, MBS berharap kerjasama antara pihak berkuasa dan komuniti dapat membantu mewujudkan persekitaran bandar yang lebih bersih, selamat dan sejahtera.

Intipati
  • MBS akan memulakan program insentif penyerahan anjing terbiar pada 24 Ogos 2026.
  • Insentif ditawarkan ialah RM50 bagi anjing dewasa dan RM25 bagi anak anjing.
  • Pemohon perlu menetap di kawasan MBS dan menyerahkan anjing hidup tanpa kecederaan serius.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan